Monday, July 25, 2011

David Beckham - Manchester United perlu dapatkan Sneijder.


      David Beckham telah mengenalpasti Wesley Sneijder sebagai pemain yang mampu menggantikan tempat Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu. Beckham percaya, bintang Piala Dunia 2010 Belanda itu merupakan calon ideal bagi mengisi posisi yang ditinggalkan Scholes.

     United sedang berusaha mendapatkan Sneijder dari Inter Milan tetapi sebarang potensi untuk mencapai persetujuan perjanjian telah terhenti disebabkan yuran £35juta yang diminta kelab Serie A itu.

     Beckham memberitahu Mirror Sport: "Untuk menggantikan Scholesy, mereka perlu dapatkan seorang yang istimewa.

     "Terdapat banyak khbar angin mengenai Sneijder dan beliau adalah pemain berbakat, saya yakin beliau dapat menyesuaikan diri dalam pasukan Manchester United .

     "Beliau mampu melakukannya di sana (Old Trafford), tanpa keraguan. Scholesy adalah pemain yang mereka mahu gantikan. Beliau sangat hebat dan pastinya terasa kehilangannya."

     Beckham yang akan berdepan bekas kelabnya United di New Jersey Rabu ini, sebagai sebahagian daripada pasukan MLS All-Stars, juga teruja dengan pemain baru pasukan Sir Alex Ferguson terutamanya penjaga gol David de Gea.

     "Saya dengar mereka mendapatkan penjaga gol muda, dengan pengalaman hebat dalam La Liga," kata Beckham.

     "Beliau berhadapan tugas berat menggantikan tempat yang ditinggalkan Van der Sar, tetapi saya tidak rasa akan timbul sebarang masalah.

     "Beliau bermain ditahap tertinggi di Sepanyol dan kita harap beliau akan beraksi cemerlang kerana United sentiasa memiliki penjaga gol terbaik."
    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...