Thursday, July 28, 2011

Hernandez mungkin tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu.


     Sir Alex Ferguson memutuskan Javier Hernandez mungkin tidak dapat beraksi buat beberapa minggu selepas penyerang Mexico itu mengalami konkusi semasa latihan petang Selasa lalu.

     Chicharito dikatakan terkena bola secara rambang, walaupun tiada perhatian segera buat pemain 23 tahun itu, beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan ditahan semalaman untuk pemerhatian selanjutnya.
    
     Beliau tidak bersama-sama di Red Bull Arena ketika United menewaskan MLS All-Stars 4-0 sehari kemudian, tetapi akan menyertai pemain lain terbang dari Newark ke Washington Dulles pada pagi Khamis.

     Hernandez tidak cergas untuk menentang Barcelona di FedEx Field Sabtu ini, walaupun Sir Alex menyatakan pemain Mexico itu tiada dalam perancangan siri jelajah kali ini.

     "Beliau tidak bersedia untuk (menentang) Barcelona," kata Ferguson dalam sidang media selepas perlawanan. "Beliau tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu. Beliau mendapat konkusi semasa latihan (Selasa) dan kami berjaya menanganinya. Kami membawanya ke hospital, melakukan imbasan dan semuanya baik.

     "Tetapi beliau mungkin tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu, lagipun beliau baru sahaja kembali daripada rehat selepas beraksi pada kejohanan Gold Cup. Beliau tidak akan terlibat dengan pasukan untuk dua ke tiga minggu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...