Saturday, August 6, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 2.

    
     Sir Matt menyertai Alpine Villa dan pada tahun 1927 kelab tersebut menjuarai Piala Scotland bawah 18 tahun. Aksi beliau telah ditonton pegawai pencari bakat bolasepak dari Rangers dan Celtic.

      Anak Sir Matt, Sandy Busby kemudian berkata: "Beliau pergi ke Rangers untuk latihan pemilihan. Kemudian mereka mendapat tahu beliau adalah seorang Katolik, dan pihak Celtic juga tahu beliau telah menjalani latihan pemilihan di Rangers. Namun apa yang berlaku ada hikmah sebaliknya apabila beliau tiba di Manchester." 


     Pada 11 Februari 1928 ketika usia 17 tahun, Sir Matt menandatangani dengan Manchester City untuk kontrak setahun dengan bayaran mingguan £5 semasa musim berlangsung dan £4 ketika musim panas. Perjanjian awal membolehkan Sir Matt meninggalkan kelab pada penghujung musim sekiranya beliau mahu berhijrah ke Amerika dengan ibunya. Sir Matt mengambil keputusan untuk kekal di England dan berkahwin dengan teman wanitanya Jean Menzies.

     Sir Matt terpaksa mengambil masa untuk diserap dalam pasukan Manchester City dan tidak beraksi untuk pasukan musim tersebut. Beliau kembali ke Bellshill pada musim panas dan mengakui: "Di kampung halaman sayalah yang paling hebat di dunia tetapi di Manchester keyakinan saya tergugat apabila kembali melapor diri pada bulan Julai."

     Sir Matt membuat penampilan pertama pada 2 November 1929, hampir 18 bulan selepas menyertai Manchester City. Beliau beraksi pada posisi kiri ketika menewaskan Middlesbrough dengan keputusan 3–1 digelanggang sendiri dalam Divisyen Satu. Namun beliau digugurkan hanya selepas satu perlawanan.

     Beliau kembali beraksi dalam pasukan utama pada Mac 1930 dan menjaringkan tiga gol dalam 11 perlawanan musim itu. Pasukan utama pada masa itu termasuk Sam Cowan, Eric Brook, Fred Tilson, Jimmy McMullan dan Ernie Toseland.

     Musim berikutnya 1930/31, pengurus Manchester City Peter Hodge mengambil keputusan bahawa bakat Sir Matt lebih baik dieksploitasikan di bahagian half-back line. Dengan posisi baru, Sir Matt membina reputasi sebagai pemain pintar dan penghantar bola terbaik.

     Pada 1930, seteru setempat Manchester United membuat inkuiri untuk menandatangani Sir Matt tetapi United tidak mampu menyediakan yuran £150 yang diminta pihak City.

     Menjelang musim 1931/32 Sir Matt menjadi pemain penting dalam kesebelasan utama, hanya terlepas satu perlawanan keseluruhan musim. Beliau dan Jackie Bray menjadi pemain penting di bahagian sayap hinggakan kapten Jimmy McMullan terpaksa bertukar ke posisi serangan untuk kekal dalam kesebelasan utama.

     Semasa tahun 1930an prestasi Manchester City dalam Piala FA sangat hebat, mereka layak ke separuh akhir 1932, akhir 1933 dan memenanginya pada 1934. Pada akhir 1933 Manchester City bertemu Everton di Wembley. Walaubagaimanapun City tewas 3-0 dengan penyerang berbisa Fred Tilson terlepas beraksi akibat mengalami kecederaan.

Sir Matt (bersalaman) pada perlawanan akhir Piala FA 1933
     Seterusnya pada musim 1933/34 Manchester City menamatkan musim di tangga ke lima liga Divisyen Satu Football League. Sir Matt menjaringkan empat gol dalam 39 perlawanan musim itu. Prestasi beliau sangat cemerlang hinggakan beliau tersenarai beraksi buat pasukan Scotland buat kali pertama pada 4 Oktober 1933. Wales menang 3-2 dalam perlawanan itu dan apa yang menghairankan beliau tidak lagi terpilih sepanjang tempoh pasca-perang.

     Menurut Paddy Crerand: "Beliau hanya dapat satu penampilan kerana terdapat ketaksuban dalam soal agama di Scotland..saya seorang Katolik, saya bermain dengan Celtic, dan ia lebih sukar untuk tersenarai dalam pasukan Scotland berbanding jika bermain di Rangers.

     Manchester City layak ke akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut pada musim 1933/34 menewaskan pasukan Blacburn Rovers (3-1), Hull City (4-1), Sheffield Wednesday (2-0), Stoke City (1-0), Aston Villa (6-1) untuk bertemu against Portsmouth.

     Di benteng pertahanan termasuk pemain seperti Sir Matt, Frank Swift, Billy Dale, Sam Cowan dan Jackie Bray semuanya beraksi hebat.

    
     Fred Tilson yang menjaringkan tujuh gol dalam laluan City ke akhir, memiliki rekod kecederaan yang sangat buruk. Apabila Sam Cowan memperkenalkan beliau kepada George VI sebelum perlawanan, beliau berkata: "Ini ialah Tilson, Tuanku. Beliau bermain hari ini dengan dua kaki yang patah."

     Ia merupakan keputusan yang tepat apabila Tilson menjaringkan kedua-dua gol  untuk kejayaan 2-1 City menewaskan Portsmouth, menjadikan keseluruhan sembilan gol Piala FA dalam lapan perlawanan. Frank Swift, penjaga gol muda City, begitu sebak dengan kejayaan tersebut hingga pengsan pada tiupan wisel penamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...