Saturday, November 5, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Sunderland.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita imbas kembali top 5 perlawanan klasik antara Manchester United dan Sunderland.

5. Sunderland vs Manchester United 6-0, 11 Dis 1926, Divisyen Satu, Roker Park.

Clarence Hilditch

      Selepas hanya mencatat enam kemenangan daripada 17 perlawanan pertama musim United berkunjung ke Sunderland. Daripada aspek prestasi di tempat lawan nyata ia tidak menyebelahi United dengan dua kemenangan sebelum ini.

     Ia nyata menjadi realiti apabila United di bawah pengurus Clarence Hilditch dibelasah Sunderland dengan enam gol, dan musim tersebut menyaksikan United hanya menduduki tempat ke-15.





4. Manchester United vs Sunderland 5-0, 26 Nov 1966, Divisyen Satu, Old Trafford.

David Herd

     Musim di mana United menjadi juara liga empat mata di hadapan Nottingham Forest. Walaupun Denis Law muncul penjaring terbanyak dengan 23 gol dalam liga, namun pada perlawanan ini David Herd jelas menonjol apabila menjaringkan empat gol manakala Law dengan satu gol. Musim ini juga menyaksikan United tidak tewas di Old Trafford dalam perlawanan liga.




3. Sunderland vs Manchester United 0-4, 26 Dis 2007, Liga Perdana, Stadium of Light.


     Manchester United dengan mudah mengenepikan cabaran Sunderland dan kembali ke puncak liga selepas pencabar terdekat Arsenal hanya mampu seri di Portsmouth.

     Wayne Rooney membuka jaringan pada minit ke 20 apabila dengan tenang merembat dari jarak 18 ela. Rooney kemudian mencipta gol kedua buat Louis Saha dengan volley ke penjuru gol. Cristiano Ronaldo menambah jaringan daripada sepakan percuma pada minit ke 45 dan Saha sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 86 daripada sepakan penalti.    


2. Sunderland vs Manchester United 2-1, 08 Mac 1997, Liga Perdana, Roker Park.

     Tiga hari sebelumnya United menewaskan Porto 4-0 dalam suku akhir pertama Champions League di Old Trafford dan dengan momentum tersebut tiada siapa menjangka keputusan perlawanan di Roker Park akan memihak kepada tuan rumah.

     Ini merupakan musim pertama Sunderland dalam Liga Perdana dan kemenangan 2-1 pasukan bimbingan Peter Reid ke atas penyandang juara hasil gol Michael Gray dan John Mullin sebelum gol sendiri Andy Melville memberikan gol tunggal United. Kemenangan ini juga mungkin satu-satunya kenangan hebat musim 1996/97 buat Sunderland, kerana mereka tersingkir daripada Liga Perdana selepas satu musim.


1. Manchester United vs Sunderland 2-2, 03 Okt 2009, Liga Perdana, Old Trafford.

     United hanya mampu seri dengan Sunderland selepas gol sendiri lewat permainan Anton Ferdinand. Sebelum itu Sunderland lebih dahulu di depan hasil rembatan kencang Darren Bent, dan aksi bawah par United menyaksikan tiada cubaan ke pintu gol pada separuh masa pertama.

     Dimitar Berbatov menyamakan kedudukan dengan gol hebat bicycle kick sebelum tandukan Kenwyne Jones sekali lagi meletakan pelawat di depan. Kieran Richardson kemudiannya dibuang padang sebelum Ferdinand memesongkan bola ke gawang sendiri menerusi percubaan Patrice Evra dan menghadiahkan United satu mata. Sunderland jelas kecewa kerana mereka hampir mencatat kemenangan pertama di Old Trafford sejak 1968.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...