Friday, November 4, 2011

Wes Brown tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford.

     Pertahanan Sundeland Wes Brown tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford tapi kali ini menentang bekas pasukannya Manchester United selepas berpindah pada musim panas lalu.

     Bekas pemain United itu membuat lebih 350 penampilan dalam tempoh 15 tahun, merangkul 15 medal - termasuk lima gelaran liga, dua Piala FA dan dua Champions League.

     Pemain 32 tahun itu kembali ke Old Trafford buat pertama kali selepas berhijrah ke Sunderland dan pada masa yang sama memahami tugas sukar yang bakal dihadapi pasukannya berdepan United yang masih merasai kekecewaan selepas dibelasah City 6-1 dua minggu lalu.

     "United sentiasa bangkit daripada kekalahan - kualiti yang mereka miliki," Brown memberitahu laman web rasmi Sunderland.

     "Semuanya akan baik. Saya benar-benar tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford."

     Brown pastinya mengharapkan kemenangan buat Sunderland di Old Trafford sejak Mei 1968 dan berhasrat berbuat demikian dalam perlawanan pertama beliau ke Theatre of Dreams.

     Beliau menambah: "Sudah tentu sebelum ini saya hanya bersama United maka ia adalah sesuatu yang istimewa untuk kembali. Saya akan menikmati detik tersebut namun dalam masa yang sama cuba untuk menang sebagai pemain Sunderland dan harap kami dapat lakukannya.

     "Adalah baik jika saya dapat bertemu beberapa rakan di sana yang saya tidak bertemu selepas berpindah namun dalam masa 90 minit saya akan fokus untuk mendapat keputusan yang baik buat Sunderland.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...