 |
Manchester United juara 2009/10. |
- Liga Simpanan adalah liga pemain-pemain simpanan untuk pasukan-pasukan dalam Liga Perdana. Ia dibahagikan kepada dua iaitu divisyen utara dan selatan.
- Ia dimulakan pada musim 1999/2000, menggantikan The Central League di utara dan The Football Combination di selatan.
- Pasukan dalam Liga Simpanan tidak tersingkir mengikut kedudukan liga ini, namun ia bergantung kepada kedudukan pasukan senior atau pasukan utama mereka dalam Liga Perdana. Tempat mereka yang tersingkir akan digantikan oleh pasukan baru dalam Liga Perdana.
- Bermula musim 2004/05, liga memperkenalkan perlawanan play-off antara juara kedua divisyen.
- Liga Simpanan dirombak pada musim 2006/07 dengan hanya pasukan simpanan daripada Liga Perdana mengambil bahagian.
Senarai juara-juara lalu:
Musim | Juara Utara | Juara Selatan | Juara Play-off |
1999/00 | Simpanan Liverpool | Simpanan Derby County | - |
2000/01 | Simpanan Everton | Simpanan Derby County | - |
2001/02 | Simpanan Manchester United | Simpanan Ipswich Town | - |
2002/03 | Simpanan Sunderland | Simpanan Watford | - |
2003/04 | Simpanan Aston Villa | Simpanan Charlton Athletic | - |
2004/05 | Simpanan Manchester United | Simpanan Charlton Athletic | Simpanan Manchester United |
2005/06 | Simpanan Manchester United | Simpanan Tottenham Hotspur | Simpanan Manchester United |
2006/07 | Simpanan Bolton Wanderers | Simpanan Reading | Simpanan Reading |
2007/08 | Simpanan Liverpool | Simpanan Aston Villa | Simpanan Liverpool |
2008/09 | Simpanan Sunderland | Simpanan Aston Villa | Simpanan Aston Villa |
2009/10 | Simpanan Manchester United | Simpanan Aston Villa | Simpanan Manchester United |
2010/11 | Simpanan Blackburn Rovers | Simpanan Chelsea | Simpanan Chelsea |
2011/12 | Simpanan Manchester United | Simpanan Aston Villa | - |
No comments:
Post a Comment