Monday, April 16, 2012

Impian Danny Welbeck semakin hampir menjadi kenyataan.

Danny Welbeck meraikan gol kedua United.
     Impian Danny Welbeck untuk memenangi gelaran Liga Perdana semakin hampir menjadi nyata selepas Manchester United mengenepikan cabaran Aston Villa di Old Trafford.

     United menang 4-0 ke atas Villa, dengan Welbeck menyumbat gol kedua sebelum tamat separuh masa. Pemain 21 tahun itu sangat gembira dapat menjaringkan gol apatah lagi selepas 14 penampilan tanpa gol.


     "Saya mahu menjadi salah seorang daripada penjaring dan sudah agak lama saya tidak berbuat demikian.," Welbeck memberitahu MUTV.

     "Apa yang lebih penting ialah mendapatkan tiga mata setiap perlawanan. Ia membawa kami semakin hampir kepada gelaran liga. Saya mahu jaring lebih banyak gol.

     "Ia keputusan yang baik untuk pasukan dan kami tidak sabar untuk mendapat tiga mata seterusnya, kerana ia sangat penting.

     "Bergelar juara liga pastinya terlalu bermakna buat saya. Tidak dapat diluahkan dengan perkataan. Saya betul-betul mahukan gelaran ini dan bersedia lakukan apa sahaja."

     Sementara itu pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson memuji pasukannya selepas kemenangan selesa ke atas anak buah Alex McLeish, namun merasakan Ashley Young sengaja untuk mendapatkan sepakan penalti pada separuh masa pertama.

     Young dijatuhkan Ciaran Clark selepas 10 minit perlawanan, dan Sir Alex Ferguson berpendapat walaupun terdapat sentuhan namun ia terlalu minima.

     Sir Alex memberitahu Sky Sports selepas perlawanan: "Young bermain untuk mendapatkan penalti. Beliau menghulurkan kaki dan jatuh dengan sentuhan minima pemain pertahanan Villa.

     "Ia amat dramatik, namun ia memang sepakan penalti dan tiada keraguan mengenainya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...