Wednesday, May 9, 2012

Manchester United akan bermain di Norway dalam Siri Jelajah 2012.


     Manchester United akan kembali ke Norway buat pertama kali selepas 2002 apabila mereka dijadualkan menentang Valerenga sebagai sebahagian daripada Jelajah Pra-musim DHL pada 05 Ogos 2012 di Ullevaal Stadium Oslo.  Ia juga sebahagian daripada persediaan kelab menghadapi musim baru 2012/13.

     "Kami mempunyai penyokong yang hebat di Norway – kelab penyokong Scandanavia adalah kelab terbesar dengan lebih 40,000 ahli. Ia peluang terbaik dapat bermain di depan mereka."      Ketua eksekutif David Gill berkata semasa mengumumkan perlawanan.

     John Pearson, CEO DHL Express wilayah Eropah berkata: "Kami gembira untuk terlibat dalam satu lagi jelajah dengan Manchester United. Dengan menggunakan rangkaian global kami akan membantu United membuat persediaan perlawanan di Oslo dan mencapai kejayaan di padang."   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...