Monday, May 30, 2011

Eksklusif - United mahukan Modric tatkala Ferguson bersedia membuat rombakkan besar.

Luka Modric
     Manchester United akan membuat rombakan pemain musim panas ini dan mahukan Luka Modric dari Tottenham dengan bidaan permulaan £20 juta. Ferguson akan bersama pemain-pemain lain meraikan kejayaan merangkul gelaran liga di bandar Manchester hari ini tetapi keperitan kekalahan di tangan Barcelona masih di dalam agenda utama pengurus itu. Untuk itu beliau dijangka membuka perbincangan dengan Tottenham mengenai Modric, pemain yang beliau idamkan untuk menggantikan tempat Scholes.


     Ferguson memberitahu rakan rapatnya yang beliau berhajat untuk terus berada di Old Trafford sekurang-kurang tiga musim lagi, dan tahu tambahan pemain berwibawa kedalam pasukan yang ada dapat mengurangkan jurang perbezaan dengan juara baru Eropah Barcelona. Dengan United juga dikatakan berminat mendapatkan khidmat Ashley Young dari Aston Villa, mendapatkan Modric  pastinya menjadi petanda Ferguson memerlukan kepelbagaian di bahagian serangan.

     United sudah pasti berdepan kesukaran dengan Tottenham setelah dua pemain mereka Michael Carrick dan Berbatov menyertai United pada 2006 dan 2008 masing-masing. Modric 25, di bawah kontrak dengan Tottenham hingga 2016 dan menyatakan dia mahu kekal di White Hart Lane. Secara logiknya ia akan melibatkan bidaan melebihi £20 juta untuk Modric yang pastinya melihat kelebihan beraksi di Champions League di Old Trafford mengatasi aksi Europa League di White Hart Lane.

Berbatov tidak berada dalam senarai pemain berdepan Barcelona
     Sekali lagi masa depan Berbatov di Old Trafford bakal menjadi isu hangat diperdebatkan musim perpindahan ini yang diketepikan Ferguson dalam senarai pemain-pemain menentang Barcelona. Michael Owen mengambil alih tempat penjaring terbanyak liga musim ini walaupun Berbatov dilihat lebih berhak.

     Nani berkata: ' Saya tidak tahu apa yang bermain difikirannya tetapi semua orang tahu beliau pemain hebat. Beliau penjaring terbanyak liga dan gol-gol penting, saya mahukan beliau bersama musim depan.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...