Monday, May 30, 2011

Reaksi kekalahan kepada Barcelona.


1. Apabila United tewas sesuatu perlawanan, anda akan merasa pemain-pemain tidak beraksi sebaik mungkin dan mengecewakan dengan terlepas beberapa peluang. Saya tidak merasakan begitu. United tewas disebabkan tidak kemampuan untuk berdepan dengan pasukan yang lebih hebat. Itu perasaan yang jarang-jarang dirasakan sebagai penyokong setia United, Barcelona lebih hebat dari United dan bagai ada jurang besar antara dua pasukan. Tidak perlu malu untuk tewas kepada pasukan hebat dan saya yakin tiada satu pasukan pun mampu menewaskan mereka buat masa ini.


2. Apa yang menyedihkan adalah ketiga-tiga gol Barcelona dapat dielakkan. Itu juga tidak bermakna, sekiranya United bermain dengan baik pun Barcelona sentiasa ada alternatif untuk menjaringkan gol. Pedro diberi ruang yang banyak untuk menjaringkan gol dengan Vidic dan Evra tidak mengawal dengan sempurna. Untuk gol kedua Messi sekali lagi mendedahkan kelemahan pertahanan United dengan ruang yang diberikan sebelum merembat kencang menewaskan Van der Sar. Gol ketiga antara gol tercantik, sekali lagi David Villa dibiarkan menguasai bola sebelum menjaringkan gol ke sudut penjuru atas gawang. Terlalu banyak kesalahan-kesalahan tidak profesional oleh pemain United.

3. Saya gembira pada awalnya apabila Ferguson amat positif dengan meletakkan Rooney dan Hernandez di jentera serangan. Namun menyedari United tidak akan diberikan banyak peluang jadi perlu untuk mengambil kesempatan setiap peluang yang ada. Hernandez berada dalam keadaan offside sebanyak lima kali dan itu tidak bagus. Hantaran dari bahagian midfield juga mendukacitakan. Beliau (Hernandez) masih muda dan pastinya akan belajar dari sini, tetapi tetap mengecewakan setiap peluang terlepas begitu sahaja.

4. Tahniah kepada Rooney, penjaring gol tunggal United, dan berjuang habis-habisan untuk United. Beliau yang memulakan gerakan untuk gol penyamaan dan tidak mensia-siakan peluang hasil umpanan Giggs. Terima kasih kerana memilih untuk kekal dengan United, sekarang beliau memperolehi medal gelaran liga dan tempat kedua Champions League. Beliau beraksi dalam perlawanan terbesar dan berdepan pasukan terbaik dunia tatkala ini.

5. Kesemuan empat pemain midfield gagal untuk beraksi denagn baik, malahan Park Ji Sung yang sebelum ini beraksi hebat terutama dengan Chelsea gagal meneruskan kecemerlangan. Sesetengah penyokong mungkin berpendapat midfield bermain di bawah prestasi sebenar, tapi apa lagi yang mampu mereka lakukan dengan kualiti yang dimiliki midfield Barcelona?. Valencia juga amat bernasib baik apabila terlepas dari tindakan pengadil babak awal perlawanan, dengan lapan sepakan percuma dihadiahkan kepada Barcelona.

6. Kejutan terbesar adalah menyaksikan nama Michael Owen dalam senarai pemain gantian tetapi tiada Berbatov. Pemenang kasut emas itu tidak bersama pemain lain ketika bertolak balik ke Manchester. Selepas menjulang trofi liga minggu lalu beliau berkata sangat gembira dan terdesak untuk membantu United mendapatkan gelaran liga ke 20. Adakah beliau masih mempunyai perasaan yang sama selepas ini?. Walaupun saya mengharapkan yang beliau akan terus bersama United tetapi jangan terkejut sekiranya beliau ingin meninggalkan Old Trafford.

7. Adakah pengajaran yang boleh United manfaatkan dari kekalahan ini? Rasanya tidak dan maaf kerana bersikap negatif, United tidak setanding dengan Barcelona dan juga begitu juga dengan pasukan lain tidak mampu menyekat Barcelona. Apa yang pasti United perlukan pemain istimewa di posisi tengah midfield.

We'll never die..GGMU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...