Saturday, May 21, 2011

Fergie bersedia belanja melebihi £60 juta musim panas ini.


     Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sedia berbelanja untuk pemain-pemain baru pada musim panas ini dan mungkin melebihi jumlah £60 juta. Ferguson terpaksa berhadapan dengan hakikat persaraan pemain seperti Gary Neville dan Edwin Van der Sar, dan kemungkinan Paul Scholes mengikut jejak mereka hujung musim ini, dan mahu menggantikan tempat mereka dengan pemain berprofil tinggi.

    
Menurut sumber yang belum dapat sahkan, United hampir mendapat khidmat penjaga gol Atletico Madrid David De Gea dengan yuran perpindahan £16 juta. Fergie juga mahukan seorang attacking midfielder dan bintang Piala Dunia Belanda Wesley Sneijder sentiasa disebut-sebut. Dengan nilai ditetapkan Inter Milan sebanyak £30 juta, United mungkin akan melihat alternatif lain.

     Pada masa yang sama United melihat pemain-pemain berpotensi lain seperti pemain tengah Napoli Marek Hamsik, pemain sayap Udinese Alexis Sanchez dan tidak lupa juga Jack Rodwell pemain Everton. Ferguson juga berhasrat mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid Karim Benzema yang sebelum ini gagal pada tahun 2009 setelah pemain itu menyertai kelab gergasi bolasepak Sepanyol.

    Seperti biasa Ferguson tidak pernah merasa puas dengan pasukan yang ada walaupun selepas baru bergelar juara - beberapa pemain muda seperti Phil Jones dari Blackburn dan Raphael Varane dari kelab Perancis Lens juga sedang dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...