Saturday, May 21, 2011

Fergie - Bersara tidak ada dalam perancangan saya.

     Sir Alex Ferguson menegaskan bersara dari jawatan pengurus kelab bolasepak Manchester United tidak ada dalam perancangan beliau dan mengakui persaraan akan menjejaskan prospek beliau menikmati umur yang panjang.
    
     Selepas United merangkul kejuaraan liga yang ke 19 minggu lalu, Fergie yang akan berusia 70 tahun 31 Disember nanti tidak langsung menunjukan reaksi atau tanda untuk bersara awal malahan bersedia untuk perlawanan terakhir liga menentang Blackpool Ahad ini di Old Trafford.

"Saya tiada pelan untuk bersara dan isteri saya (Cathy) pastinya gembira," kata Ferguson yang sekaligus mengimbas kembali bagaimana Cathy memujuknya menarik balik hasrat bersara awal pada 2002.

   
 'Apa yang penting adalah saya akan teruskan selagi kesihatan saya mengizinkan. Saya masih teringat bapa saya yang bersara pada umur 65 tahun (sebagai pekerja di pelabuhan) dan meluangkan masa persaraannya di rumah. Beliau meninggal setahun selepas itu,' kata Ferguson lagi.

     Ferguson meraikan kepuasan merangkul gelaran kali ini lebih berbanding yang pertama 18 tahun lalu. 'Bukan mudah menjuarai liga sekarang berbanding 1993. Ia pencapaian yang hebat dan semua pihak turut menyumbang kepada kejayaan saya yang pertama. Dari musim ke musim cabaran itu makin meningkat,' tambah beliau.


     United juga perlu bersedia untuk perlawanan akhir Champions League menentang Barcelona pada 28 Mei ini dengan prospek bagi Ferguson memenanginya untuk kali ketiga sebagai pengurus selepas 1999 dan 2008. Beliau menjelaskan yang beliau mempunyai idea untuk berdepan pasukan Barcelona.

     Ferguson berkata: 'Kami memiliki nukleus penting dalam pasukan dan juga pemain lain yang berhak untuk sama diturunkan. Namun sebagai pengurus saya hanya boleh memilih 11 pemain dan itulah yang menjadi masalah yang memeningkan saya. Prestasi United di peringkat Eropah sangat cemerlang musim ini dengan tiada gol bolos di tempat lawan dan setiap pemain harus diberi pujian.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...