Saturday, May 21, 2011

Fergie merayu kepada Scholes untuk terus bermain semusim lagi.


     Pengurus United merayu pemain veteran Paul Scholes untuk menyambung kontraknya setahun lagi musim depan. Pemain midfield 36 tahun itu difahamkan masih menimbang samada mahu menyambung kontrak hingga hujung musim depan apatah lagi perlibatannya mungkin terhad untuk memberi laluan pemain baru lain.

    
     Ferguson yakin Scholes masih boleh beraksi musim depan dan akan berbincang mengenainya selepas perlawanan akhir Champions League dengan Barcelona.

     Ditanya adakah Scholes akan bermain buat kali terakhir di Old Trafford esok, beliau berkata: 'Saya tidak fikir begitu. Kami akan cuba memujuknya hujung musim untuk melanjutkan kontrak setahun lagi. Saya belum membuat keputusan akhir siapa yang akan bermain esok dan bahagian midfield sememangnya menjadi fokus. Anderson berlatih dengan gigih minggu ini dan Scholes dengan kelebihan pengalamannya. Mereka akan bermain Ahad ini.'

     Awal minggu ini bekas rakan sepasukan Gary Neville juga merayu agar Scholes menimbangkan semula hasrat bersara dan kekal bermain untuk United satu musim lagi. Beliau yang bersara pada pertengahan Februari lalu yakin Scholes masih boleh menyumbang kepada pasukan terutamanya kepada pemain lebih muda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...