Saturday, May 21, 2011

Previu - Manchester United vs Blackpool.

Tarikh : 22 Mei 2011 Tempat : Old Trafford Masa : 11 malam (Astro 812)

     Perlawanan terakhir liga Ahad ini tumpuan lebih diberikan kepada nasib lima pasukan yang perlu berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana. Wolves, Blackburn, Birmingham, Blackpool dan Wigan berdepan situasi sukar dan masing-masing memerlukan kemenangan untuk kekal.


     Bagi Blackpool mereka berdepan tugas berat berdepan United yang baru bergelar juara liga minggu lalu namun diberi tekanan hebat dari pasukan-pasukan lain untuk tidak mengambil mudah perlawanan ini dengan tidak menurunkan kesebelasan utama. Jangan terkejut dengan barisan United yang bakal diturunkan nanti dan mengimbas kembali pada awal musim Ferguson berjenaka dengan pengurus Blackpool Ian Holloway sekiranya United ditabalkan juara lebih awal maka beliau sendiri (Ferguson) akan turun bermain. Tumpuan juga kepada Berbatov dengan 21 gol terikat setakat ini dengan Carloz Tevez untuk perebutan kasut emas.

     Prestasi Blackpool pada permulaan musim amat memberansangkan dengan beberapa keputusan mengejutkan termasuk menewaskan Liverpool di Anfield. Namun mereka gagal mengekalkan momentum dan semakin tenggelam dengan beberapa kekalahan berturut-turut terutama digelanggang sendiri. Fakta yang pastinya kurang menyenangkan Blackpool ialah kali terakhir mereka mengalahkan United adalah pada Januari 1962.

     Bertandang ke Old Trafford dan tanpa bolos adalah sukar digambarkan dengan rekod United tidak pernah gagal menjaringkan gol di tempat sendiri dan tiada pemain lawan berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama berdepan United musim ini. United juga telah memenangi 14 perlawanan liga berturut-turut di Old Trafford dan sekiranya menewaskan Blackpool mereka akan mengatasi rekod milik Newcastle dari Mei 1995 hingga Februari 1996.

Barisan kemungkinan

United : Van der Sar, Fabio, Smalling, Evans, Evra, Valencia, Fletcher, Scholes, Anderson, Berbatov, Rooney

Blackpool : Kingson, Baptiste, Eardly, Evatt, Crainey, Southern, Adam, Vaughan, Puncheon, Taylor-Fletcher, DJ Campbell

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...