Tuesday, May 24, 2011

Gambar - Manchester United Juara Liga Perdana Musim 2010/11.

     Manchester United menjulang trofi Liga Perdana di Old Trafford seminggu selepas mengesahkannya di Blackburn. Perlawanan dramatik penghujung musim menyaksikan pasukan bimbingan Alex Ferguson merampas gelaran liga selepas dua tahun dan berada sembilan mata didepan Chelsea.



    
     Edwin Van der Sar yang bermain buat kali terakhir di Old Trafford dengan sayu berkata selepas perlawanan: ' Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus, beliau membawa saya ke sini enam tahun lalu, mungkin dua tiga tahun lewat kerana saya impikan untuk menyertai United lebih awal.

      'Saya sangat berbangga dan gembira sepanjang berada di sini. Penyokong dan rakan sepasukan amat menakjubkan dan Manchester United akan sentiasa berada tempat dalam hati saya, kelab terhebat dunia.' Van der Sar masih lagi mempunyai satu perlawanan untuk United - perlawanan akhir Champions League menentang Barcelona 28 Mei ini. 'Jumpa ada semua Sabtu ini dan dapatkan trofi itu,' tambah beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...