Thursday, July 21, 2011

Alex Ferguson - De Gea tiada jaminan jadi penjaga gol utama.

     Manchester United melengkapkan perpindahan penjaga gol Sepanyol bawah 21 tahun David de Gea bulan lalu.

     Beliau dilihat sebagai pengganti Edwin Van der Sar, namun untuk mengekal motivasi ke tahap yang tinggi, Sir Alex Ferguson menyatakan akan wujud persaingan untuk jersi nombor satu di United.


     "Jelas kami menandatangani David de Gea sebagai (penjaga gol) pilihan utama, sebagaimana saya bayangkan," kata Ferguson. "Tetapi Anders Lindegaard dan Ben Amos mungkin telah berkata kepada diri masing-masing yang mereka punyai peluang selepas Van der Sar bersara. Pintu terbuka luas untuk saya. De Gea akan bermain Sabtu ini menentang Chicago tetapi semua pemain akan mendapat peluang sama rata dan keputusan siapa yang akan bermula musim depan bergantung kepada bagaimana de Gea menyesuaikan diri."

     Sementara itu Ashley Young sekali lagi menyatakan bahawa beliau gembira menjadi pemain Manchester United, dan mendakwa tiada sebarang keraguan dalam dirinya apabila mengetahui United berminat mendapatkan khidmatnya.

     "Saya jelas gembira di sini dan beraksi di padang," kata Young. "Bukan saya tidak hormatkan pemain Villa yang lain tetapi apabila saya mengetahui Manchester United berminat, apa yang saya mahu ialah menyelesaikan isu perjanjian perpindahan dan terus berlatih.

     "Saya boleh bermain sebelah kiri, kanan, belakang penyerang mahupun serangan, jadi saya hanya perlu tumpukan perhatian terhadap permainan saya dan apabila saya terpilih saya akan buktikan. Pengurus (Alex Ferguson) membawa saya ke sini bersebab, untuk mendapatkan assist, gol dan bekerja keras untuk pasukan. Jika saya boleh lakukan setiap kali saya terpilih, saya rasa kerja saya selesai."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...