Friday, July 22, 2011
Park Ji Sung dijangka tandatangani perjanjian baru.
Sir Alex Ferguson yakin Park Ji Sung akan kekal di Old Trafford dengan menandatangani kontrak lanjutan dua tahun.
Pemain midfield Korea Selatan itu masih mempunyai perjanjian sehingga penghujung musim 2011/12, dan bos United itu mendedahkan di Chicago bahawa Park merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang di Old Trafford.
"Beliau telah ditawarkan pembaharuan kontrak, ya," kata Sir Alex. "Saya yakin beliau akan setuju. Karier beliau di Old Trafford sangat cemerlang. Beliau pemain yang sangat hebat.
"Saya pasti beliau akan setuju (tawaran baru) dan komited dengan kelab untuk dua tahun lagi."
Berita tersebut pastinya ditunggu-tunggu oleh para penyokong samada di UK mahupun seluruh dunia, yang kagum dengan persembahan bertenaga dipamerkan pemain midfield itu.
Park memulakan pra-musim dengan baik dan menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan siri jelajah tahun ini. Beliau menjaringkan gol keempat United ketika menewaskan New England Revolution di Boston 4-1 sebelum menambah satu lagi gol ketika menang besar 7-0 ke atas Sounders di Seattle.
*sumber ManUtd.com
Labels:
berita United,
Park Ji Sung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment