Thursday, July 14, 2011

Ashley Young menyinar pada perlawanan pertama.

Ashley Young
     Sir Alex Ferguson berkata beliau 'sangat puas hati' dengan penampilan pertama Ashley Young dan percaya bekas pemain Aston Villa itu akan mencipta lebih banyak gol untuk kelab barunya.

     Pemain antarabangsa England itu yang mengambil alih jersi Paul Scholes nombor 18, bermain untuk 67 minit di posisi sayap kanan menewaskan New England Revolution 4-1.

     Beliau banyak menguasai bola pada separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang untuk Rooney dan Berbatov.

     Itu sudah memadai buat Ferguson mengukuhkan kepercayaan bahawa Young adalah salah satu bakat terbaik dalam bolasepak Inggeris, dan bos United itu percaya pasukannya akan mendapat manfaat daripada hantaran-hantaran melalui sayap menjelang musim depan.    

     "Sayap kanan adalah posisi asal beliau bersama Aston Villa sehingga musim lalu apabila mereka mengubah posisi beliau di belakang penyerang - Gabriel Agbonlahor atau Darren Bent - dengan peranan yang lebih kepada serangan, sebagaimana United menggunakan Wayne Rooney," kata Ferguson.

     "Keupayaan beliau merangkumi sayap kiri, di belakang penyerang dan sayap kanan. Beliau telah pamerkan hari ini beliau adalah penghantar bola yang hebat. Saya rasa beliau telah melakukan tiga hantaran hebat dalam perlawanan tadi, yang mana bukan sesuatu kami biasa dengan cara kami bermain sebelum ini. Namun jika dapat dimanfaatkan ketiga-tiga hantaran pastinya ada jaringan. Saya amat berpuas hati."     

      Sementara itu Wayne Rooney juga bersetuju Ashley Young telah menyesuaikan diri dengan baik di United dan percaya akan membantu membawa lebih banyak kejayaan di Old Trafford.

     "Ashley berjaya menyesuaikan diri," kata Rooney. "Semua orang tahu kemampuan Ashley. Beliau berjaya melakukan beberapa hantaran baik sepanjang perlawanan dan kami tidak sabar untuk bermain beberapa perlawanan lagi bersamanya. Kami merupakan pasukan muda yang penuh potensi. Diharapkan dapat bawa lebih banyak kejayaan kepada kelab."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...