Thursday, July 14, 2011

New England Revolution vs Manchester United 1-4


     Manchester United memulakan jelajah US 2011 dengan kemenangan bergaya menewaskan New England Revolution 4-1 di Stadium Gillette Boston.

     Separuh masa pertama bermula hambar, tetapi pada babak kedua menyaksikan lima gol termasuk empat gol dalam masa 11 minit. United menguasai perlawanan namun pada 45 minit pertama jentera serangan United yang dibarisi Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov gagal memanfaatkan banyak peluang di pintu gol.

     Penyokong kedua-dua pasukan terpaksa menanti hingga ke minit 50 apabila pemain gantian Michael Owen menjaringkan gol pembukaan perlawanan dengan penuh bergaya.

     Federico Macheda yang masuk pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan 2-0 selang tiga minit selepas gol Owen dan menambah gol ketiga, kedua buatnya, pada minit ke 61 dengan rembatan ke penjuru gol hasil hantaran awal Rafael.

Rooney beraksi menentang New England Revolution.

     Walaubagaimanapun, New England Revolution di bawah kendalian bekas pemain Liverpool Steve Nicol berjaya mengurangkan defisit jaringan hasil daripada sepakan percuma Benny Feilhaber yang terpesong selepas terkena rakan sepasukan Kenny Mansally, dengan penjaga gol United Anders Lindegaard terkaku di sudut bertentangan.

     Gol terbaik perlawanan hadir pada minit ke 80 hasil kombinasi Gabriel Obertan, Ji-sung Park dan Ryan Giggs dalam kotak penalti. Park dengan tenang menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Shuttleworth.

     Jika penyokong dengan kehadiran 51,523 orang dihampakan pada wisel separuh masa pertama, tetapi tiada apa yang hendak dipertikaikan tentang kualiti perlawanan setelah wisel penamat dibunyikan.

     Begitu juga Sir Alex Ferguson, beliau memang menjangkakan permulaan yang perlahan - perlawanan pertama selepas Champions League di Wembley Mei lalu - tetapi banyak perkara positif untuk dinilai. United sentiasa tenang dan mengawal perlawanan, Ashley Young mempamerkan persembahan yang terbaik dan yang paling penting tiada sebarang kecederaan kepada pemain.

*Sumber ManUtd.com    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...