Sunday, July 24, 2011

Chicago Fire vs Manchester United 1-3


      Manchester United terbukti terlalu hebat buat Chicago Fire di Soldier Field di bawah panas terik matahari. Sir Alex memberikan permulaan pra-musim kepada lima pemain yang menyertai pasukan di Seattle, termasuk David de Gea dan Phil Jones.

     United bermula dengan baik namun tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan. Cory Gibbs pertahanan Chicago Fire memberikan kelebihan kepada Chicago Fire seawal minit ke 13. Beliau berjaya melompat tinggi mengatasi Jones untuk menanduk ke penjuru sudut kanan de Gea hasil hantaran daripada sepakan percuma Marco Pappa.
    
     Selepas separuh masa United memasukkan Wayne Rooney dan Ryan Giggs. Selain itu pengenalan Jonny Evans menggantikan Fabio memaksa Chris Smalling bermain di bek kanan dengan Anderson dan Giggs di bahagian tengah midfield.

Nani dan Anderson
     United menyamakan kedudukan pada minit ke 66 apabila Rooney mengangkat bola menewaskan penjaga gol Fire yang meluru keluar, hasil daripada hantaran tepat Rio Ferdinand.

     Sepuluh minit kemudian hasil gabungan Nani dan Rafael di sayap kanan menyaksikan United di depan buat pertama kali. Pemain muda Brazil itu dengan tenang mengawal bola sebelum membuat placing melepasi antara kaki penjaga gol.

     Nani kemudiannya menjadikan kedudukan 3-1 dengan permainan berbaki lapan minit selepas beliau mengambil kesempatan daripada kekalutan pertahanan dalam kotak penalti dengan mengungkit bola untuk menerjah gawang kali ke tiga.

     Dengan keputusan itu United masih mengekalkan rentak kemenangan dalam tiga perlawanan pertama daripada lima perlawanan siri jelajah tahun ini.



    

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...