Sunday, July 10, 2011

Chris Smalling tandatangan perjanjian baru.

Chris Smalling
     Chris Smalling menerima ganjaran hasil daripada aksi musim pertama yang cemerlang dengan kontrak baru lima tahun.

     Pemain yang ditandatangani dari Fulham itu menyesuaikan diri dengan pantas di Old Trafford dan muncul sebagai pemain gantian yang berkaliber untuk Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic di bahagian utama benteng.

     Selepas menunjukan beliau adalah pemain pertahanan serba boleh dengan bermain di posisi bek kanan pada perlawanan akhir liga menentang Blackpool, pemain bawah 21 England ini bakal menikmati lebih banyak peluang untuk beraksi musim depan terutama selepas perpindahan John O'Shea dan Wes Brown ke Sunderland.

     Sir Alex Ferguson jelas kagum dengan aksi penuh yakin di tengah padang pemain ini dan tidak membuang masa untuk menawarkan kontrak baru.

     "Saya gembira Chris menandatangani perjanjian baru," Ferguson memberitahu ManUtd.com. "Chris beraksi cemerlang setelah menyertai United dari Fulham tahun lalu, beliau memang pemain pertahanan muda berbakat, beliau pantas, kuat dan dapat membaca permainan dengan baik, beliau adalah aset penting pasukan."

     Smalling tidak teragak-agak untuk menandatangani perjanjian lanjutan dengan United sehingga penghujung musim 2015/16 dan gembira dengan perkembangan kariernya sejak berpindah dari London.

     "Ini adalah kelab terbaik, dalam masa yang singkat saya di sini, saya telah mencapai lebih daripada yang saya jangka," beliau memberitahu ManUtd.com. "Saya tidak sabar untuk kerjaya yang panjang dan berjaya di Manchester United."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...