Sunday, July 10, 2011

Jelajah US 2011 - Senarai awal pasukan di keluarkan.

     Manchester United akan membawa 21 pemain ke Amerika Syarikat Isnin ini dengan enam lagi pemain akan menyertai kemudian.

     Pemain baru Ashley Young akan terbang bersama pasukan awal tetapi David de Gea dan Phil Jones akan tiba kemudian disebabkan komitmen mereka pada Kejohanan Piala Eropah bawah 21. Ketiga -tiga pemain telah diberikan nombor jersi dalam pasukan untuk musim 2011/12 - de Gea akan memakai nombor 1, Jones nombor 4 dan Young akan memakai nombor Paul Scholes 18.    

     Senarai awal adalah tertakluk kepada perubahan bergantung kepada kecederaan pemain semasa latihan.

Penjaga gol : Anders Lindegaard, Ben Amos, Sam Johnstone
Pertahanan : Rafael, Fabio, Nemanja Vidic, Jonny Evans, Patrice Evra, Rio Ferdinand
Midfield : Michael Carrick, Nani, Anderson, Ryan Giggs, Ji-sung Park, Gabriel Obertan
Serangan : Mame Biram Diouf, Federico Macheda, Wayne Rooney, Michael Owen, Dimitar Berbatov, Ashley Young.

     Pemain berikut akan menyertai jelajah selepas menghabiskan cuti tambahan yang dipersetujui sebelum ini : Chris Smalling, Danny Welbeck, Tom Cleverley, David de Gea, Phil Jones, Javier Hernandez.

     Sementara itu Darren Fletcher tidak tersenarai dalam pasukan United untuk jelajah kali ini. Pemain midfield antarabangsa Scotland itu akan meneruskan persiapan menjelang musim 2011/12 di pusat latihan Carrington, selepas tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan di penghujung musim lalu.

     Jurucakap kelab memberitahu ManUtd.com: "Darren akan kekal di Carrington untuk menjalani program latihan individu, memandangkan beliau terlepas aksi pada penghujung musim baru ini.

     "Ini akan membantu beliau mendapat tahap kecergasan yang sama dengan pasukan utama. Kami cuba untuk mempercepatkan beberapa perkara tetapi kami mahu memberi peluang terbaik untuk cergas menjelang pembukaan musim baru. Kami rasakan pengurangan masa perjalanan (ke US) dapat membantu beliau mencapai matlamat ini.    

     Jadual siri Jelajah USA bagi tahun 2011.

13 Julaivs New England RevolutionGillete Stadium Boston
20 Julaivs Seattle SoundersQwest Field Seattle
23 Julaivs Chicago FireSoldier Field Chicago
27 Julaivs MLS-All StarsRed Bull Arena New Jersey
30 Julaivs FC BarcelonaFedexfield Washington DC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...