Monday, July 11, 2011

Wayne Rooney tidak sabar nantikan era baru di Manchester United.

Wayne Rooney
     Penyerang United Wayne Rooney tidak sabar dan teruja menantikan era baru di Old Trafford. United berlepas ke Amerika Syarikat hari ini untuk siri jelajah selama tiga minggu yang melibatkan bandar Boston, Seattle, Chicago, New York dan Washington.

     Dengan persaraan Paul Scholes, Gary Neville dan Van der Sar, dan perpindahan Wes Brown dan John O'Shea ke Sunderland, Sir Alex Ferguson telah membuat rombakan besar-besaran terhadap skuadnya.
    
     Kehadiran pemain-pemain baru seperti David de Gea, Phil Jones dan Ashley Young, Ferguson dilihat bakal menambah lagi pemain di bahagian midfield dan dikaitkan dengan pemain Arsenal Samir Nasri dan Wesley Sneijder dari Inter Milan.

     Bercakap dalam temubual eksklusif dengan MUTV Rooney berkata: " Ia sesuatu yang menyedihkan apabila kehilangan pemain-pemain yang bersama anda dalam bilik persalinan. Sebaliknya, ia sangat menyeronokkan mendapat pemain baru dalam pasukan.

     "Anda mahu saksikan bagaimana pemain-pemain baru dalam latihan dan juga permainan, jadi ia juga menyeronokkan.

     "Brown dan O'Shea adalah pemain yang bercita-cita tinggi dan mahu bermain setiap minggu, jadi saya faham kenapa mereka meninggalkan United tetapi saya sedih kehilangan mereka sebagai pemain dan rakan.

     "Sememangnya ia satu kehilangan buat United namun mereka pastinya teruja untuk memulakan kehiduan baru di Sunderland."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...