Saturday, July 16, 2011

Darren Fletcher bakal terlepas aksi permulaan musim.


     Darren Fletcher dijangka terlepas aksi permulaan musim setelah dikhuatiri tahap kesihatan pemain midfield Manchester United itu.

     Fletcher telah terlepas dua bulan terakhir musim lalu akibat jangkitan virus misteri di bahagian perut yang menyebabkan beliau hilang berat badan yang ketara, dan difahamkan dijangkiti virus itu sekali lagi.

     Kenyataan rasmi United menyatakan beliau dikecualikan daripada jelajah pra-musim di Amerika Syarikat untuk kekal di Manchester dan menjalani program khas pemulihan untuk kembali cergas untuk kempen musim baru. Namun pemain antarabangsa Scotland itu tidak melaporkan diri untuk latihan pra-musim 4 Julai lalu - dan diberitahu untuk tidak datang ke Carrington.

     Ia masih belum dapat dipastikan samada Fletcher dijangkiti virus yang sama sepertimana musim lalu, atau langsung tiada kaitan. Apa yang pasti ia memberi petanda Sir Alex Ferguson berada dalam dilema dengan bahagian midfield, sebulan sebelum bermulanya musim baru.

     Dengan persaraan Paul Scholes dan Owen Hargreaves yang tidak disambung kontrak, hanya Ryan Giggs, Michael Carrick dan Anderson yang tinggal untuk mengemudi bahagian tengah midfield. Ini mungkin memaksa United untuk membuat tawaran baru buat Wesley Sneijder, selepas perbincangan masih tertangguh untuk membawa pemain midfield Belanda itu ke Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...