Sunday, July 17, 2011

Gosip - Nike mungkin masuk campur bantu perpindahan Sneijder ke Manchester United

Wesley Sneijder
     Nike mungkin menjadi penentu untuk sebarang perjanjian membawa Wesley Sneijder ke Manchester United. Spekulasi bertiup kencang bahawa bintang Belanda itu dijangka tiba di Old Trafford - walaupun perpindahan tampak menemui jalan buntu Jumaat lalu.

     Bagaimanapun laporan Goal.com mendakwa pengeluar pakaian sukan Nike mungkin instrumental dalam membolehkan perpindahan berlaku.


    
     Syarikat gergasi yang berpengkalan di Amerika itu menaja jersi kedua-dua kelab Inter dan United, tetapi lebih cenderung mahukan Sneijder menyertai United dengan prospek pasaran lebih besar di Asia dan Latin Amerika.

     Nike sebelum ini membantu mempermudahkan perjanjian perpindahan termasuk pemain Brazil Ronaldo ke Inter dan Cristiano Ronaldo juga David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid.

     Difahamkan Nike mampu pergi jauh hinggakan menaanggung sebahagian gaji Sneijder dengan sumber dilaporkan berkata:

     "Jika Nike mahu anda berpindah maka anda akan berpindah. Nike mahu Sneijder ke Manchester United kerana lebih mudah bagi mereka untuk menggunakannya sebagai ikon kemersial.

     "Jika United hanya membayar gaji yang sama dengan Rooney dan terdapat jurang perbezaan antara apa yang pemain mahu dengan apa yang kelab mampu, maka Nike akan membayar jurang tersebut. Ia sama dengan Adidas apabila Real Madrid membeli Cristiano Ronaldo dan David Beckham. Apabila pemain hebat pergi ke Real Madrid, Adidas selalu terlibat daripada segi kewangan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...