Monday, July 4, 2011

Gosip - Manchester United masih berharap dapatkan Alexis Sanchez.

     Pengurus Manchester United Alex Ferguson berharap dapat menandatangani pemain sasaran Alexis Sanchez  - jika Barcelona berjaya mendapatkan Cesc Fabregas. Ferguson dan United enggan berganjak daripada tawaran sebanyak £28juta kepada Udinese untuk bintang Chile itu -tetapi impian untuk mendapatkan pemain rebutan kelab-kelab utama Eropah itu mungkin menjadi kenyataan minggu ini.

     Bidaan akhir Barcelona untuk Sanchez adalah £24juta dengan tambahan £10juta untuk jumlah penampilan, pakej yang masih dipertimbangkan oleh kelab Itali itu - sebaliknya tawaran United lebih besar jumlahnya dan tunai yang terjamin.

     Apa yang memeranjatkan adalah tambahan £10juta adalah berdasarkan Sanchez membuat 50 peratus penampilan bersama Barcelona untuk empat musim seterusnya - belum tentu menjamin pulangan wang tersebut. Juara Eropah itu berada dalam kekangan kewangan dan tawaran tersebut tidak akan dinaikkan dan berkemungkinan menarik diri, jika mereka berjaya mendapatkan Fabregas.

     Ferguson dan David Gill menanti dengan penuh minat. Sudah tiga minggu sejak Gill bertemu dengan pihak Udinese dan Sanchez. United tahu bahawa pemain tersebut berminat untuk beraksi di Old Trafford dan kelebihan United adalah Sanchez boleh beraksi dalam pasukan utama bukannya menjadi sebahagian daripada pasukan di Nou Camp apatah lagi sekiranya Fabregas berhijrah ke Barcelona.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...