Tuesday, July 5, 2011

Antonio Valencia cedera di Copa America.

      Antonio Valencia dikeluarkan ketika perlawanan pembukaan Copa America Ecuador Ahad lalu. Pemain sayap United itu terseliuh kaki kiri (sama seperti kecederaan serius yang beliau alami musim lalu) dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan walaupun banyak peluang di pintu gol.

     Pengurus Ecuador Reinaldo Rueda merasakan pemain-pemainnya mendapat layanan kasar daripada pemain lawan dan mahukan lebih perlindungan daripada pengadil.


     "Pengadil perlu ambil berat situasi ini kerana (kecederaan seperti ini) telah berlaku pada separuh masa pertama dan (Antonio) tidak lagi dapat beraksi," kata Rueda. "Beliau tidak dapat berdiri atau berjalan dan kami terpaksa membuat pertukaran."

     "Ia memalukan kerana kita semua tahu proses yang beliau lalui untuk ke sini (Copa America)."

     Valencia yang terlepas enam bulan aksi pada musim 2010/11 lalu disebabkan kecederaan buku lali pada September, kini diragui untuk dapat beraksi untuk perlawanan Equador seterusnya menentang Venezuela.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...