Wednesday, July 6, 2011

Paul Scholes ketepikan cabaran gelaran liga Arsenal.

Paul Scholes
     Lagenda United Paul Scholes mengenepikan cabaran Arsenal untuk perebutan gelaran liga musim depan dan menegaskan falsafah bolasepak Arsene Wenger sebagai sia-sia.

     Pasukan The Gunners akan melapor diri untuk latihan pra-musim hari ini dengan pengurus Perancis itu bakal berdepan cabaran terbesar sepanjang 15 tahunnya di Arsenal. Kelab utara London itu dilihat bakal kehilangan bintang utama antaranya Cesc Fabregas dan Samir Nasri.


     Dengan pemain bek kiri mereka Gäel Clichy telah bersetuju dengan perpindahan ke Manchester City, Scholes yang menamatkan 17 tahun karier di Old Trafford hujung musim lalu menegaskan bahawa mengatasi Barcelona di peringkat Eropah lebih penting buat United daripada bimbangkan cabaran Arsenal dalam Liga Perdana musim depan.

     Selepas membantu United menamatkan cabaran Arsenal dalam perebutan takhta liga dan Piala FA buat kali terakhir musim lalu, Scholes bersedia memikul cabaran sebagai staff kejurulatihan di Old Trafford bermula September ini. Beliau juga berpendapat terdapat kecacatan dalam falsafah dan kepercayaan Wenger dalam bolasepak dan meletakkan Arsenal dalam krisis.

     Scholes berkata: "Arsenal hanya memperdaya. Mereka mungkin beraksi dengan hebat tetapi tidak selalu menghasilkan keputusan yang mereka mahu.

     "Anda bercakap mengenai Arsenal sebagai pasukan bolasepak terbaik di England. Ramai berpendapat mereka memiliki permainan yang paling interaktif, bukan?

     "Mereka mampu mempamerkan aksi hebat ketika beraksi di padang, namun tiada gunanya sekiranya anda tidak memenangi apa-apa. Bukan hanya itu, mereka berpotensi kehilangan pemain-pemain terbaik mereka seperti Fabregas, Nasri dan Clichy. Saya harap Nasri datang ke United.

    "Kejayaan pastinya datang dan pergi, tetapi sistem yang telah ada di United untuk 15-20 tahun yang lalu, saya mungkin terkejut sekiranya kami tidak memenangi sebarang trofi untuk enam tahun.

     "Anda tidak boleh menafikan kemungkinan itu kerana anda hanya perlu lihat bagaimana Liverpool menghadapi kemarau gelaran liga, tetapi saya tidak rasa pengurus (Alex Ferguson) akan benarkan ia berlaku."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...