Wednesday, July 6, 2011

Paul Scholes - Rooney kesal tindakan 'kurang hormat' kepada United.

Scholes dan Rooney
     Percubaan Wayne Rooney untuk meninggalkan United awal musim lalu menunjukkan bahawa beliau telah mula melihat dirinya lebih 'besar' daripada orang-orang sekelilingnya .

     Scholes mengakui bahawa Rooney menunjukkan sikap kurang hormat dalam menghadapi situasi itu, namun beliau percaya pemain 25 tahun itu mampu menyaingi kehebatan Lionel Messi.


     "Saya rasa Wayne (Rooney) bersikap kurang hormat kepada kelab, tetapi beliau sedar kesilapan beliau dan memohon maaf," kata Scholes. "Beliau nyata kesal dengan kenyataan yang dibuat. Namun beliau beraksi dengan baik untuk selepas itu terutama menghampiri penghujung musim. Kita belum lagi menyaksikan yang terbaik daripada beliau.

     "Beliau mampu melakukan perkara yang sama di United sebagaimana Messi melakukannya di Barcelona. Apabila beliau berada dalam keadaan mental dan fizikal yang betul beliau mampu berikan yang lebih baik.

     "Saya berharap kita akan dapat saksikan yang terbaik daripadanya dalam dua ke tiga tahun akan datang."
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...