Wednesday, July 6, 2011

Gosip - Inter buka pintu buat United dapatkan Wesley Sneijder.

Wesley Sneijder
     Manchester United telah diberikan lampu hijau untuk membuat bidaan £35juta buat Wesley Sneijder, setelah Inter Milan mengakui mempertimbangkan untuk menjual pemain itu.

     Usaha Alex Ferguson untuk mendapatkan Sneijder tampak menemui kegagalan setelah bekas pemain Real Madrid itu menyatakan hasratnya untuk kekal di San Siro.

     Namun jurulatih baru Inter Gian Piero Gasperini bersedia untuk melepaskan pemain 27 tahun itu selepas melengkapkan perpindahan £10.8juta Ricky Alvarez dari juara liga di Argentina Velez Sarsfield.

   
    
     Ini sekaligus membuka peluang Ferguson untuk mendapatkan Sneijder yang dilabel ramai sebagai pemain yang akan melengkapkan pasukan United terutama bahagian midfield setelah persaraan Paul Scholes hujung musim lalu.

     Sneijder, bintang Inter ketika menjuarai Champions League 2010 di bawah Jose Mourinho dan juga menyinar ketika Piala Dunia 2010, dirasakan sesuai buat United. Selain mengemudi bahagian tengan, beliau juga mampu mengambil sepakan percuma dan cenderung membantu bahagian serangan untuk menghasilkan gol.

     Gasperini dilihat bersedia dengan kemungkinan perpindahan pemain Belanda itu.

     "Buat masa ini pihak Inter mahu Sneijder kekal di sini," kata beliau. "Apa yang jelas Sneijder adalah tonggak utama kami. Namun sukar untuk menjangka apa yang bakal berlaku dalam 50 ke 60 hari kedepan, kita tunggu dan lihat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...