Thursday, July 7, 2011

Chicharito beri amaran kepada pasukan lawan.

Javier Hernandez
    Javier Hernandez melaungkan amaran kepada Liga Perdana bahawa beliau masih boleh memperbaiki permainan dan terus bekerja keras di Manchester United.

     Pemain Mexico itu kini berehat selepas membantu negaranya muncul juara dalam kejohanan Gold Cup minggu lalu. Beliau menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol, mengekalkan momentum mengkagumkan dalam musim pertamanya di Old Trafford.

     Keseluruhan 20 gol musim lalu melangkaui jangkaan Ferguson terhadap pemain baru ini dan ia termasuk gol-gol penting.


     "Saya bernasib baik untuk beberapa gol yang saya jaringkan," Hernandez memberitahu majalah Inside United. "Terdapat beberapa gol daripada tandukan . Saya berusaha meningkatkan kemahiran saya di bahagian itu kerana saya bukanlah antara yang tertinggi.

     "Saya bekerja keras dalam setiap aspek permainan saya - kelajuan, kekuatan, kebolehan teknikal dengan bola, pergerakan dan tandukan."

     Kecemerlangan aksi Hernandez terutama menuju penghujung musim menyebabkan Dimitar Berbatov kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir Champions League di Wembley.

     Keyakinan terhadap beliau yang ditunjukkan Alex Ferguson adalah ganjaran terhadap usaha keras pemain 23 tahun itu, yang potensinya hampir tidak diketahui ramai sewaktu berhijrah ke Old Trafford 15 bulan lalu.

    "Saya hanya mahu ungkapkan ucapan terima kasih kepada Sir Alex kerana telah memberikan saya banyak peluang bermain untuk kelab ini, saya terhutang budi kepadanya," kata Hernandez.

     "Saya akan terus memperbaiki pemainan saya. Saya akan cuba lebih pantas dengan bola, dengan lebih teknik dan konsentrasi, kerana ia sangat sukar untuk mengekalkan bola dalam liga ini.

     "Sudah tentu, saya perlu berkerja keras setiap hari untuk memperbaiki permainan saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...