Thursday, July 7, 2011

Gosip - Wes Brown bakal ke Sunderland.

Wesley Brown
     Menurut sumber daripada Sky Sport News, difahamkan Wes Brown sedang menjalani pemeriksaan perubatan dan bersedia untuk diumumkan sebagai pemain Black Cats pada hari ini.

     Pemain pertahanan 31 tahun itu telah menghabiskan seluruhan kerjaya bolasepaknya di Old Trafford, menandatangani kontrak seniornya pada tahun 1996 dan membuat lebih 200 penampilan.

     Bagaimanapun, beliau mendapati peluang untuk beraksi sangat terhad di United musim lalu, dengan hanya 15 penampilan, manakala tujuh penampilan dalam Liga Perdana tidak cukup buat beliau memperolehi medal juara liga.

     Brown kini bersedia untuk berpindah ke Stadium of Light dengan pengurus yang juga bekas pemain pertahanan United Steve Bruce dilihat mahu memperkukuhkan pasukan menjelang musim baru Ogos depan.

     Beliau berkemungkinan disertai oleh rakan sepasukan Darren Gibson dan John O'Shea ke Wearside, dengan Black Cats percaya mereka dapat membuat perjanjian 'hatrik' dengan Alex Ferguson.

     Niall Quinn, pengerusi Sunderland berkata pada awal minggu ini, beliau berharap mencapai persetujuan untuk O'Shea selepas pemain Republik Ireland itu berkemungkinan diketepikan daripada pasukan utama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...