Thursday, July 7, 2011

Gosip - Arsenal tolak tawaran £20juta United untuk Samir Nasri.

Samir Nasri
     Arsenal telah menolak tawaran permulaan Manchester United untuk Samir Nasri dan memberitahu mereka tidak akan menjual pemain antarabangsa Perancis itu melainkan menerima tawaran sekurang-kurangnya £25juta.

     United perlu memutuskan samada mereka mahu memenuhi nilai yang diminta dan disertakan dengan pakej kewangan lebih baik, setelah berita mengenai tawaran awal United dua minggu lalu sebanyak £20juta tersebar semalam.

     Kedua-dua kelab telah bersetuju pada masa itu untuk tidak menghebahkan tawaran tersebut terlebih dahulu.



     Apa yang jelas setelah membelanjakan hampir £50juta untuk Phil Jones, Ashley Young dan David de Gea, United merupakan kelab pertama membuat langkah penting untuk membawa Nasri ke Old Trafford.

     Dalam masa yang sama, Arsenal pastinya berdepan dengan situasi sukar dan lebih traumatik terutama pengurus Arsene Wenger, yang juga berdepan hakikat kehilangan kapten Cesc Fabregas ke Barcelona.

     Nasri dijangka tiba di Arsenal untuk latihan pra-musim hari ini dan pemain 24 tahun ini dijangka akan memaklumkan kepada kelab hasrat beliau untuk berpindah. Arsenal bersedia memberikan gaji mingguan yang lebih baik daripada kontrak sekarang namun mereka pasti masih menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan tawaran dari Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...