Thursday, July 7, 2011

Gosip - Pertahanan United akan menjalani pemeriksaan perubatan di Sunderland.

John O'Shea
     Pertahanan Manchester United dijadual menjalani pemeriksaan perubatan di Sunderland hari ini.

     Press Association Sport difahamkan pemain Republik Ireland yang berusia 30 tahun itu dalam perjalanan ke Wearside pagi ini mengikuti rakan sepasukan Wes Brown yang telah berada di Sunderland semalam. Sekira berjaya ini bermakna pengurus Steve Bruce telah menandatangani lapan pemain pada musim panas ini

      Bruce telah menetapkan sasaran untuk mendapat O'Shea dan Brown, begitu juga pemain midfield Darron Gibson, setelah bidaan bersama berjumlah £12juta untuk ketiga-tiga pemain dipersetujui.

     Gibson dengan pantas menyatakan persetujuan untuk berpindah ke Stadium of Light tetapi setakat ini masih bermasalah kerana belum ada persetujuan antara mana-mana pihak.

     Walaubagaimanapun, pertama Wes Brown dan sekarang diikuti oleh O'Shea, kedua-duanya semakin hampir untuk bersetuju dengan tawaran Sunderland untuk menambah kematangan dan pengalaman bahagian benteng Sundeland yang pada musim lalu dilanda masalah kecederaan.

     Kedua-dua pemain mampu bermain lebih daripada satu posisi dan telah menikmati kejayaan demi kejayaan sepanjang karier mereka di Old Trafford. Mentaliti kemenangan adalah sesuatu yang Bruce ingin serapkan dalam pasukannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...