Friday, July 8, 2011

Patrice Evra - Eric Cantona The King.

Patrice Evra bersama anaknya.

     Patrice Evra mengucapkan terima kasih kepada Eric Cantona kerana membuka pintu buat pemain bolasepak dari Perancis bermain di Manchester United.

     Cantona menjadi pemain Perancis pertama menyarung jersi United apabila beliau tiba di Old Trafford dari Leeds United pada 1992, dan lima tahun beliau dengan United penuh dengan warna-warni seorang lagenda.

     Evra mengimbas kembali ketika beliau menyaksikan Cantona beraksi di televisyen Perancis dan percaya bahawa penyerang berbisa itu telah membuka jalan kepada beliau dan pemain senegara lain berjaya di Old Trafford.

     Dalam temubual semasa pelancaran laman web rasmi United dalam bahasa Perancis, Evra berkata: "Saya sudah tahu Cantona adalah The King namun saya benar-benar mengetahui siapa beliau yang sebenar apabila tiba di sini. Beliau adalah lagenda.

     "Jika pemain bolasepak Perancis seperti saya berjaya di United, maka beliaulah (Cantona) yang pertama membuka pintu buat kami. Kami terhutang budi kepada beliau.

     "Semasa musim pertama saya di sini, saya menonton banyak DVD Eric dan saya berkata kepada diri saya 'sekarang anda tahu apa yang penyokong United harapkan daripada pemain Perancis."

     Antara pemain-pemain Perancis lain yang menyarung jersi Red Devils

NamaTempoh
Eric Cantona1992-1997
William Prunier1995
Mikael Silvestre1999-2008
Fabien Barthez2000-2003
Laurent Blanc2001-2003
David Bellion2003-2006
Louis Saha2004-2008
Patrice Evra2006-kini
Gabriel Obertan2009-kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...