Friday, July 8, 2011

Top 5 - Pemain Perancis yang bermain di Manchester United.

     Patrice Evra bukanlah antara pemain Perancis pertama menyarung jersi United. Walaupun dilabel oleh setengah pihak sebagai antara bek kiri terbaik dalam Liga Perdana namun terdapat beberapa pemain Perancis lain yang terlebih dahulu bermain dan berjaya di Old Trafford. Berikut adalah top 5 pemain yang berjaya di United.


1. Eric Cantona.


      Tidak banyak yang perlu diperkatakan mengenai Eric 'The King' Cantona. Penyerang berbakat dari Perancis ini menghabiskan lima musim di Old Trafford dan memenangi empat gelaran liga, seterusnya menjadi idola Red Devils. Cantona adalah pemain genius dan boleh dikatakan sebagai pemain terhebat pernah bermain dalam sejarah Liga Perdana.

     Apabila beliau meninggalkan United pada 1997, beliau menjaringkan 82 gol dalam 185 penampilan. Gol ketika menentang Sunderland akan sentiasa dikenang oleh para penyokong setia United


2. Mikael Silvestre.

    
     Menyertai United pada September 1999 dan membuat penampilan pertama di Anfield. Musim pertamanya di Old Trafford menyaksikan beliau menggantikan tempat Ronny Johnsen untuk bergandingan dengan Jaap Stam dan dilihat menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan liga England.

     Musim 2001/02, bagaimanapun beliau berjaya mengukuhkan tempat di posisi pertahanan mengatasi pemain veteran Denis Irwin, membuktikan beliau telah menyesuaikan diri di bahagian pertahanan mahupun membantu serangan. Membuat 361 penampilan dengan 10 gol dan kini bersama Werder Bremen di Jerman selepas meninggalkan Arsenal.

3. Fabien Barthez.


     Penjaga gol Perancis ini bukanlah antara yang terbaik di posisi gawang Manchester United tetapi beliau sentiasa membawa hiburan kepada Liga Perdana dan kekal sebagai penjaga gol dari Perancis yang terbaik pernah beraksi di England.

     Ferguson menandatangani pemain ini pada tahun 2000 dan tiga musim beliau di Old Trafford dipenuhi kenangan yang mungkin beliau mahu lupakan daripada ingatkan. Biarpun beliau bukan yang terbaik tetapi dirasakan berbaloi untuk melihat beliau beraksi.



4. Laurent Blanc.


     Alex Ferguson telah cuba untuk mendapatkan Blanc semenjak 1996 dan akhirnya berjaya pada 2001. Walaupun berusia 35 tahun, Blanc tiba di Old Trafford untuk menggantikan tempat Jaap Stam yang berpindah ke Lazio.

     Beliau dikritik hebat pada beberapa bulan awal beliau di United. Beliau bersara dua tahun kemudian setelah membantu United merangkul gelaran liga musim 2002/03.




5. Louis Saha.


      Prestasi beliau ketika bersama Fulham menarik minat Manchester United, yang akhirnya bersetuju dengan kos perpindahan £12.4 juta pada pertengahan musim 2003/04.

     Kecederaan membelenggu kariernya di Old Trafford, namun beliau memenangi dua medal juara Liga Perdana, Champions League 2008 dan menjaringkan enam gol dalam laluan ke perlawanan akhir Piala Liga di mana beliau menjaringkan satu gol dalam perlawanan akhir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...