Friday, July 8, 2011

Terkini - Brown dan O'Shea sah berpindah ke Sunderland.

O'Shea dengan jersi Sunderland.
     Sunderland telah melengkapkan perjanjian perpindahan John O'Shea dengan tawaran kontrak empat tahun dengan yuran yang belum dinyatakan.

     Pemain Republik Ireland itu menyertai Wes Brown di Stadium of Light dengan kedua-dua perjanjian termeterai semalam. Sir Alex Ferguson memberikan penghormatan kepada O'Shea dan yakin bos Sunderland Steve Bruce - bekas kapten United - mendapatkan yang terbaik daripada pemain yang menjangkau usia 30 tahun ini.
  
     "John adalah pemain terbaik yang telah berkhidmat untuk United, iaitu sejak beliau diserap ke dalam pasukan utama hampir sedekad lalu," Alex Ferguson memberitahu ManUtd.com. "Beliau serba boleh, tenang di bawah tekanan dan komitmen yang diberikan di United bermakna para penyokong akan mengingatinya dengan penuh memori manis.

     "John telah memenangi begitu banyak medal dan berhak untuk setiap satunya. Beliau adalah lambang pendekatan kelab sebagai satu pasukan. Selepas bertahun-tahun berkhidmat dengan United, saya gembira akhirnya John menemui peluang dalam karier bolasepaknya untuk lebih beraksi dalam kesebelasan utama sebagaimana yang beliau inginkan.

     "Kami mengucapkan selamat berjaya dengan kelab barunya. Steve Bruce adalah pengurus yang tahu untuk menggabungkan pemain muda dan pemain berpengalaman dan saya yakin O'Shea akan memainkan peranan sebagai pemain senior berpengalaman untuk membawa Sunderland ke tahap yang lebih baik daripada musim lalu."

     Sementara itu Wes Brown yang terlebih dahulu berada di Sunderland dan menandatangani kontrak empat tahun memberitahu SAFC TV: "Kesemuanya baik (membuat keputusan berpindah) mungkin kerana saya semakin berusia.

Brown sah milik Sunderland
     "Ia mengecewakan apabila tidak dapat bermain sebanyak yang saya mampu di Manchester United untuk beberapa musim yang lalu, dan untuk mengetahui yang saya akan kembali, bermain, saya memberi tumpuan dan berharap kepada perkara itu.

     "Musim lalu saya tidak dapat beraksi dalam pasukan utama dan ia sangat mengecewakan tetapi itulah bolasepak dan anda perlu teruskan.

     "Sunderland adalah kelab besar dan Steve Bruce adalah faktor saya ke sini. Semasa remaja saya pernah menyaksikan Steve beraksi dengan United dan saya juga mengenali beliau serba sedikit, jadi saya rasa semuanya akan okey."

     Pertahanan yang popular ini menghabiskan 15 tahun sebagai profesional di Old Trafford tetapi hanya membuat empat permulaan dalam perlawanan liga musim 2010/11, pada usia 31, beliau gembira menerima tawaran berpindah ke Sunderland.

     Dengan perpindahan Brown dan O'Shea ini menjadikan jumlah bekas pemain United yang bermain untuk Sunderland kepada lima orang, menyertai Phil Bardsley, Kieran Richardson dan Fraizer Campbell. Danny Welbeck yang dipinjamkan musim lalu telah kembali ke United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...