Saturday, July 2, 2011

Kronologi perpindahan David de Gea ke Manchester United.


27 January 2010 – Agen mengesahkan menerima tawaran.

"Beberapa kelab dalam Liga Perdana bertanyakan mengenai David de Gea terutamanya Wigan yang telah membuat tawaran tetapi ditolak pihak Athletico," kata Mendes. "Roberto Martinez merasakan de Gea bersedia untuk Liga Perdana tetapi Athletico menegaskan mereka mahu de Gea kekal di Calderon (stadium Athletico). Saya tidak bercakap dengan pihak United namun wakil mereka ada mengesahkan minat terhadap de Gea."

3 Februari 2010 - De Gea tandatangan perjanjian baru dengan Atletico Madrid.

"Ia merupakan langkah kehadapan dalam karier saya," kata de Gea. "Saya telah menghabiskan sebahagian hidup saya di Athletico Madrid dan bagi saya ia adalah satu penghormatan dan impian untuk dapat bermain dalam pasukan utama menerusi sistem akademi Rojiblanco. Semuanya berlaku dengan pantas dan objektif saya adalah untuk terus bekerja keras."


30 Mac 2010: De Gea mempertimbangkan Liga Perdana di masa depan.

"Saya hampir pergi ke Wigan tetapi saya mahu kekal di Athletico dan saya akan ambil peluang lain kemudian," beliau berkata. "Liga Perdana pastinya menyeronokkan dan merupakan pilihan saya suatu masa nanti. Sekarang belum masanya untuk berhijrah. Bagi saya Van der Sar adalah antara yang terbaik di dunia.'

22 September 2010: Ferguson terlepas perlawanan Piala Carling menentang Scunthorpe untuk menyaksikan de Gea beraksi menentang Valencia.

28 September 2010: De Gea menidakkan khabar angin perpindahan ke United.

"Apa yang paling penting ialah saya mempunyai kontrak di sini dan saya adalah pemain Athletico sehingga 2013," kata de Gea. "Sebenarnya segala-galanya berubah dengan baik di sini, saya bersama keluarga dan kawan-kawan, itu yang saya perlukan dan sangat penting. Saya mempunyai kontrak hingga 2013, dan apabila menghampiri tahun tersebut kita lihat sekiranya semuanya berjalan dengan baik, mereka akan akan bercakap mengenainya (rundingan kontrak baru)."

18 November 2010: Presiden Atletico dakwa tiada tawaran dari United.

"Tiada siapa yang berunding dengan kami. Saya tidak mempunyai apa-apa idea (mengenai perkara ini)," kata Cerezo. "Kami berharap beliau (de Gea) akan bersama kami untuk tempoh yang panjang."

23 November 2010: De Gea menyatakan beliau tidak akan kemana-mana.

"Para penyokong boleh bertenang, saya kekal di sini. Saya sangat relaks dan tiada sebab untuk berpindah," beliau berkata. "Saya gembira di sini, saya menghabiskan seluruh hidup saya di sini dan inilah kelab terbaik. Athletico Madrid telah berikan saya segalanya. Ia satu penghormatan apabila kelab besar seperti Manchester United berminat dengan anda, tetapi Athletico dekat dengan hati saya dan saya mahu kekal di sini."

30 Disember 2010: De Gea bertekad untuk kekal di Atletico.

"Saya sangat selesa di sini, dan sentiasa menjadi kelab saya, dan saya mahu mempertahankan jersi ini buat tempoh masa yang panjang dan memenangi gelaran liga," kata de Gea. "Kelab ini yang mempunyai hak (ke atas saya) dan saya gembira di sini, dan bila semuanya berjalan dengan baik tiada sebarang perubahan diperlukan."

2 Februari 2011: Tiada kontrak baru buat de Gea.

"Saya tidak menerima tawaran pembaharuan kontrak daripada kelab, tetapi ia masih belum dirundingkan."

15 Mac 2011: Presiden tidak menerima sebarang tawaran untuk de Gea.

“Tiada sebarang pihak membuat tawaran  untuk beliau (de Gea) pagi ini." kata Cerezo. "Tanyalah Manchester United mengenainya, tetapi £18 juta tidak banyak bagi saya."

1 April 2011: Wakil Athletico sahkan United ada membuat tawaran.

“Ya, memang kita telah berunding dengan Manchester United tetapi, pertama sekali mereka lebih pentingkan persetujuan dicapai antara dua kelab," Hector Rincon mengesahkan. "Bagaimanapun kebanyakan kelab besar Eropah menunjukan minat terhadap de Gea. Apa yang saya boleh beritahu adalah klausa pelepasan beliau adalah €20 juta, namun saya tidak pasti samada kelab mahu menjualnya dengan harga lebih rendah. Sekarang, beliau mempunyai kontrak dengan Athletico Madrid dan sekiranya Manchester United atau mana-mana kelab lain mahukan beliau maka mereka perlu capai persetujuan atau bayar keseluruhan klausa pelepasan pemain. Baru-baru ini, saya tidak mahu menyebut nama kelab tetapi kelab-kelab besar di England dan Eropah ada bertanyakan mengenai de Gea."

April 13th 2011: Ferguson menafikan kaitan dengan perpindahan de Gea.

“Jika mengikut televisyen di Itali saya sepatutnya menandatangani dua pemain dari negara itu malam ini, jadi saya boleh boleh meletakkan berita bersama mereka." katanya. "Sentiasa ada spekulasi mengenai siapa yang kami akan tandatangan. Terlalu banyak nama yang diberikan. Saya tiada jawapan untuk itu."

13 April 2011: Pengurus besar Atletico sahkan tawaran United dan Chelsea.

“Mendes (agen de Gea) berada di England, tetapi bukan membuat rundingan perjanjian untuk de Gea," Marin berkata. "Pada penghujung musim kita lihat samada beliau mahu pergi atau tidak. Jika beliau mahu pergi, kami perlu rujuk klausa pelepasan berjumlah €25juta (£22.3juta). Kami terima tawaran daripada United dan Chelsea (untuk de Gea). Beliau juga ditawarkan kontrak baru dengan kami. Kami mahu beliau kekal di sini, tetapi masa depan David terletak di tangan beliau sendiri. Adakah beliau berminat berpindah ke England atau kekal di Athletico?"

14 April 2011: De Gea mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai tawaran.

“Tiada apa yang boleh diperkatakan, itu semua tidak benar," de Gea memberitahu sidang media. "Saya tidak tahu mengenai apa-apa tawaran daripada mana-mana kelab, samada dari kelab lain atau daripada Athletico sendiri. Saya telah berikan segalanya kepada pasukan ini sejak mula dan akan berterusan untuk hari ini dan hari-hari berikutnya. Saya sentiasa berjuang untuk pasukan. Saya tidak fikir para penyokong mempunyai sebab untuk menentang saya, kami memiliki penyokong terbaik di dunia dan mereka akan menyokong saya hingga hari terakhir saya di sini, itu saya pasti.”

18 April 2011: Wakil United dan adik Ferguson, Martin pergi menyaksikan De Gea beraksi menentang Barcelona.

30 April 2011: De Gea ditawarkan kontrak baru.

"De Gea adalah pemain yang hebat dalam pasukan dan masih berbaki dua tahun dalam kontraknya. Kami (telah) tawarkan kontrak baru," kata Cerezo. "Tetapi keputusan bukan di tangan kami. Kami akan berunding dengan beliau di penghujung musim dan kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku."

14 Mei 2011: De Gea mempertimbangkan pilihan beliau.

"Saya tenang dengan masa depan saya," kata beliau. "Saya ada perjanjian (kontrak) di sini dan bulan ini saya lihat pelbagai khabar angin. Tetapi saya akan buat keputusan mengenai masa depan saya 30 Jun nanti. Buat masa ini saya tidak menafikan atau mengaku berkenaan situasi ini. Athletico Madrid telah membuat tawaran baru dan saya perlu menilai beberapa persoalan. Bukan semua perkara berkaitan bolasepak adalah mengenai wang. Minat yang ditunjukan oleh Manchester United untuk khidmat saya adalah umpana satu pujian tetapi saya tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan kelab England."

15 Mei 2011: David Gill yakin dapat penjaga gol sasaran.

"Kami tahu penjaga gol yang kami mahukan," beliau berkata. "Kami berada dalam posisi yang baik dan ia akan berjalan hingga hujung musim. Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Edwin (mengumumkan) mahu bersara. Kami telah dikaitan dengan beberapa penjaga gol hebat Eropah untuk tempoh enam hingga 12 bulan lalu. Kami telah membuat keputusan dan saya yakin dapat mencapai persetujuan."

Mei 2011: Ferguson sahkan persetujuan dengan De Gea.

"Kami telah berusaha dan bekerja keras untuk satu tempoh masa, kami telah kenalpasti beliau sedikit masa dulu sebagai sasaran kami," kata Ferguson. "Beliau masih muda, pantas, tenang dan kehadirannya di posisi gol amat dirasakan. Beliau merupakan pengganti yang sangat sesuai untuk Van der Sar. Kami mencari seseorang yang memiliki kualiti yang sama. Salah satu kualiti yang ada pada Van der Sar ialah ketenangan dan kemampuan mengorganisasikan pasukan. David de Gea memiliki ciri-ciri tersebut."

15 Jun 2011: De Gea dedahkan kekaguman beliau terhadap Van der Sar.

"Hakikat yang mereka fikirkan saya sebagai pengganti kepada penjaga gol yang hebat adalah sesuatu yang saya suka," kata beliau. "Tetapi adalah perlu untuk terus berjuang dan bekerja keras kerana ini masih di peringkat permulaan dan untuk mencapai ke tahap itu memerlukan banyak usaha. Saya berharap (dapat bermain hingga usia Van der Sar sekarang). Buat masa sekarang adalah sukar untuk melihat masa depan, tetapi saya mahu membuktikan saya juga boleh. Saya perlukan kekuatan, nasib dan menjaga fizikal dengan baik kerana bolasepak menggunakan fizikal anda. Tetapi saya begitu berharap."

27 Jun 2011: De Gea menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester.

29 Jun 2011: De Gea tandatangan kontrak dengan United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...