Thursday, July 28, 2011

MLS All-Stars vs Manchester United 0-4.


     MLS All-Stars mungkin himpunan pemain bolasepak terbaik di Amerika, tetapi mereka akhirnya tidak setanding dengan pasukan Alex Ferguson, Manchester United. Ini menjadikan empat kemenangan daripada empat perlawanan jelajah Amerika 2011.

     Gol daripada Anderson, Park Ji Sung, Dimitar Berbatov dan Danny Welbeck menghadiahkan kemenangan kepada United menentang MLS All-Stars yang turut menampilkan bekas pemain Liga Perdana Inggeris seperti David Beckham dan Thierry Henry.
    
     Barisan Sir Alex Ferguson mengambil masa 18 minit untuk menguji penjaga gol MLS All-Stars Faryd Mondragon. Rooney mara ke kawasan penalti dan menghantar bola rendah kepada Berbatov namun dapat ditangkap kemas Mondragon.

     Kedua-dua Rooney dan Berbatov terlibat dalam gerakan dua minit kemudian apabila United memecah kebuntuan. Mereka berdua bertukar-tukar tiga hantaran kemas menyebabkan pertahanan All-Stars terkeluar posisi sebelum Rooney melorong bola kepada Anderson untuk gol pertama.



     Beckham hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan lencongnya daripada jarak 30 meter ditepis keluar melepasi palang oleh Lindegaard. Pemain Denmark itu sekali lagi mengulangi aksi yang sama apabila menidakkan cubaan Brad Davis, sebelum Rooney memaksa Mondragon menyelamatkan rembatan yang menuju ke penjuru gol.

     Aksi menghiburkan separuh masa pertama belum berakhir, dengan baki beberapa saat 45 minit pertama Park Ji Sung berjaya melepasi dua pemain pertahanan dalam kotak penalti sebelum merembat dengan kaki kiri ke penjuru gol. Ini merupakan gol kedua beliau dalam siri perlawanan jelajah 2011.

     Tujuh minit selepas permainan bersambung, United menjadikan kelebihan tiga gol. Kali ini giliran Berbatov mempamerkan bakatnya, beliau melambungkan bola melepasi penjaga gol gantian All-Star Tally Hall sebelum bertindak balas dengan pantas untuk mengawal bola dengan dada dan membuat sepakan volley kedalam gawang gol yang terbuka apabila bola lambungannya terkena palang.

     Sir Alex membuat beberapa pertukaran pada minit ke 61. Danny Welbeck memastikan kedudukan United lebih selesa apabila menjaringkan gol keempat dengan percubaan daripada luar kotak penalti walaupun terkena pertahanan Geoff Cameron, sekaligus menewaskan penjaga gol yang telah tersalah posisi.

     Aksi di depan pintu gol kekal berterusan untuk 20 minit berikutnya dengan Beckham dan Evra masing-masing menyaksikan percubaan mereka hanya menerjah bahagian luar jaring gol.


Manchester United: Lindegaard (Amos 46); Jones, Ferdinand (Smalling 61), Vidic (Diouf 73), Evra; Park (Nani 61), Carrick (Cleverley 61), Anderson (Fabio 73), Young (Welbeck 61); Rooney (Owen 61), Berbatov (Macheda 61). Kehadiran: 26,716   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...