Wednesday, July 27, 2011

Javier Hernandez dimasukkan ke hospital akibat konkusi.


     Javier 'Chicharito' Hernandez telah mencetuskan kebimbangan kepada Manchester United apabila terpaksa bermalam di hospital New York. Beliau dilaporkan mengalami konkusi ringan semasa latihan.

     Pemain Mexico berusia 23 tahun itu menyertai rakan sepasukan lain dalam siri jelajah 2011 pada hari Ahad selepas mendapat mendapat cuti musim panas tambahan, tidak disenaraikan dalam pasukan yang akan menentang MLS All-Stars akibat daripada kecederaan itu.

     Kejadian itu berlaku semasa latihan di Red Bull Arena di New Jersy sebelum perlawanan United dengan MLS All-Stars. Beliau difahamkan telah selesai menjalani latihan sebelum mengadu tidak sihat, di mana beliau terus di hantar untuk pemeriksaan di hospital.

     Jurucakap United memberitahu ManUtd.com: "Chicharito mengalami konkusi ringan semasa latihan pada malam Selasa. Kami telah ambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu, termasuk bermalam di hospital."

     Sir Alex Ferguson mengesahkan Javier Hernandez sudah pulih daripada kejadian itu dan berehat di hotel.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...