Wednesday, July 27, 2011

David Gill - Masih ada masa untuk sebarang perpindahan.

     Ketua Eksekutif Manchester United semalam mendakwa bahawa masih ada seorang lagi pemain yang kami cari, walaupun kami buat masa ini kami tidak mengadakan apa-apa perbincangan dengan mana-mana kelab.

     Ditanya pada temubual dengan MUTV adakah beliau menjangka bahawa musim panas ini akan menjadi lebih sibuk daripada biasa, beliau berkata: "Ya kita tahu. Edwin (Van der Sar) awal-awal membuat keputusan yang musim lepas adalah musim terakhirnya.

     "Jadi kami telah rancang mendapatkan penjaga gol dengan lebih awal. Dengan yang lain (Phil Jones dan Ashley Young), peluang datang dan kami selesa dengan keadaan itu. Jadi kami telah membuat tiga perjanjian (mendapatkan pemain baru).

     "Kami masih mencari seorang lagi pemain baru. Tiada apa yang berlaku - tiada apa yang pasti berlaku buat masa ini, tetapi kita akan lihat apa yang bakal berlaku apabila kita kembali ke England. Masih ada lagi 31 hari dalam tempoh perpindahan untuk kita lihat sebarang kemajuan. Tetapi saya tiada sebarang maklumat atau apa-apa, dalam hal itu."

     Gill juga tidak menolak kemungkinan untuk United menandatangani pemain pada tarikh akhir tempoh iaitu 31 Ogos, sebagaimana yang berlaku pada Berbatov tiga tahun lalu.

     "Mungkin," ujar Gill. "Kami telah melihat posisi tersebut dan dua tiga pemain dalam posisi itu, tetapi tiada yang pasti buat masa ini. Perkara yang penting untuk difahami, dan Sir Alex telah menjelaskannya, kami memerlukan seseorang yang akan meningkatkan kualiti pasukan.

     " Kami punyai pasukan yang hebat dan untuk masuk dalam pasukan ia memerlukan pemain bertaraf dunia. Tiada gunanya, andai anda tidak dapat memiliki pemain yang anda mahu. Tetapi anda tidak tahu - selalu terdapat kemajuan dalam bulan Ogos. Saya tidak maksudkan sesuatu yang spesifik tapi situasi itu boleh bertukar dengan pantas apabila kami pulang (ke Manchester) nanti."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...