Wednesday, July 27, 2011

Dimitar Berbatov - Kualiti tidak semestinya perlukan banyak usaha.


     Dimitar Berbatov berkata eksploitasi musim lalu sebagai penjaring terbanyak sudah tinggal sejarah dan beliau melihat kehadapan untuk musim 2011/12.

     Pemain Bulgaria itu gembira untuk bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama, walaupun beliau sedar bakat-bakat hebat yang ada di Old Trafford termasuk pemain daripada akademi.


     Dalam temubual dengan PA Sport Berbatov berkata: "Saya tidak mahu kembali kepada itu (musim lalu). Adakah itu perlu? Sekarang saya melihat masa depan. Saya sangat gembira dengan kejayaan bersejarah untuk gelaran ke 19. Saya sebahagian daripadanya. Saya adalah penjaring terbanyak dalam pasukan. Bagi saya semua berkaitan peribadi adalah hebat. Saya datang dari negara yang kecil dan punyai impian yang besar. Saya cukup gembira apabila kami melakukannya.

     "Saya bukan lagi 21 tahun. Terdapat ramai pemain muda berbakat sekarang, termasuk daripada akademi. Anda dapat lihat dalam televisyen. Sepanjang hidup saya, sentiasa ingin membuktikan siapa saya. Saya telah bekerja keras. Peluang yang telah diberikan, saya akan cuba tunjukkan apa yang saya boleh lakukan. Musim lepas telah berlalu. Gol-gol yang telah saya jaringkan, apa yang saya lakukan dan telah melakukannya. Ini adalah musim baru. Semuanya bermula sekali lagi."

     Berbatov bertekad untuk kekal di United setelah mengenepikan segala spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford.

     "Manchester United berada di puncak," ujarnya. "Kemana anda boleh pergi dari sana? Hanya kebawah. Mungkin Barcelona. Pada masa ini saya tidak lihat selain daripada itu. Jika ada pergi ke tempat lain, ia adalah satu langkah ke bawah dan kebelakang. Bagi saya adalah penting untuk saya naik daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik. Saya gembira."

     Bekas penyerang Tottenham itu juga menegaskan beliau tidak akan menukar cara beliau bermain di atas padang - kedua-dua daripada segi cara bermain ataupun sikap di luar padang.

     "Anda tidak akan melihat saya berlari setiap masa seluruh padang," kata beliau. "Terdapat pepatah di Bulgaria yang menyatakan kualiti yang baik tidak semestinya memerlukan banyak usaha.

     "Saya seorang yang sangat bangga. Saya tidak suka tunjukkan kelemahan di khalayak ramai. Saya tidak mahu tunjukkan emosi saya di khalayak ramai. Itulah sebabnya orang lain kadang-kadang salah menilai diri saya. Tetapi tidak mengapa bagi saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...