Tuesday, July 26, 2011

Top 5 - Pertelagahan Roy Keane sepanjang karier bolasepaknya.

      Roy Maurice Keane atau Roy Keane meninggalkan Manchester United pada penghujung tahun 2005 selepas kontroversi dalam satu temubual dengan MUTV. Dengan seteru yang juga bekas kapten Arsenal Patrick Vieira yang bersara daripada bolasepak hujung musim lalu, mengingatkan kita semua pertelagahan antara dua kapten ini setiap kali pertembungan kedua-dua pasukan.
    
     Vieira dalam kenyataan kepada media baru-baru ini memberitahu kenangan yang paling beliau ingati selama sembilan tahun menyarung jersi Arsenal adalah ketika pertelagahan bersama kapten United itu. Kita lihat senarai top 5 pertelagahan paling terkenal melibatkan Roy Keane sepanjang 12 tahun bersama United.


1. Roy Keane vs Patrick Viera (Februari 2005, Highbury).


     Tiada siapa yang boleh mempertikaikan persaingan antara Manchester United dengan Arsenal lebih kepada 'permusuhan' antara dua kapten Roy Keane dan Patrick Vieira. Kedua-dua pemain adalah raja di bahagian tengah midfield dan walaupun masing-masing saling menghormati antara satu sama lain, tetapi tiada seorang pun mahu tunduk dan mengaku kalah.

     Hasilnya, permusuhan antara mereka adalah menjadi salah satu persaingan individu paling sengit dalam sejarah Liga Perdana. Paling terkenal adalah konfrontasi di terowong Highbury ketika United bertandang ke Arsenal dalam perlawanan liga yang mana akhirnya memihak kepada United dengan jaringan 4-2.

     Terlebih dahulu dalam terowong sebelum kesemua pemain berjalan keluar memasuki padang, Vieira mula berkata sesuatu yang berbau provokasi. Keane dengan pantas melibatkan diri dengan peranan sebagai kapten dan memberitahu pemain Perancis itu 'Kita selesaikan di tengah padang'. 

     Keane selepas perlawanan kemudiannya berkata: "Saya tidak mahu sentuh terlalu mendalam tetapi Patrick Vieira dengan tinggi 6 kaki 4 inci pergi ke Gary Neville. Jadi saya kata, 'Datang kepada saya. Jika mereka fikir Gary Neville adalah sasaran yang mudah, saya tidak mempercayainya."


2. Disingkir oleh Sir Alex Ferguson dari Old Trafford.    

     Karier bolasepak Roy Keane sepanjang 12 tahun di Old Trafford berakhir dengan nota pahit selepas beliau secara terbuka mengkritik rakan sepasukan dalam satu temubual dengan MUTV.

     Keane mengkritik tujuh pemain, termasuk Rio Ferdinand, pemain termahal ditandatangani Alex Ferguson pada masa itu.

     "Hanya kerana anda dibayar £120,000 seminggu dan bermain baik selama 20 minit menentang Tottenham, anda fikir anda bintang.

     "Pemain yang lebih muda dikecewakan oleh pemain yang lebih berpengalaman. Mereka tidak memberi tunjuk ajar. Terdapat kekurangan karektor dalam pasukan. Ia seolah-olah anda perlu bermain dengan buruk untuk mendapat ganjaran. Mungkin ini yang saya perlu lakukan apabila saya kembali. Main dengan buruk."

3. Dihantar pulang semasa Piala Dunia 2002 (Korea Selatan dan Jepun).


     Ireland dilihat berpeluang memberi saingan dalam Piala Dunia 2002 dengan pasukan mereka yang terbaik dalam tempoh beberapa tahun.

    Kemudian Keane bertelagah dengan pengurus Mick McCarthy mengenai kemudahan latihan yang disediakan, dengan beliau di laporkan berkata:
    
     "Mick, you're a liar... you're a f***ing w****r. I didn't rate you as a player, I don't rate you as a manager, and I don't rate you as a person.

     'You're a f****ing w****r and you can stick your World Cup up you're a**e. The only reason I have any dealings with you is that somehow you are the manager of my country! You can stick it up your b***ocks.'

     Bimbangkan kuasanya sebagai pengurus akan terjejas, McCarthy menghantar Keane pulang ke Ireland.

4. Briged Sandwich Udang.

       Roy Keane mencetuskan kemarahan kepada peminat sendiri pada tahun 2002, dan mencipta frasa baru dalam dunia bolasepak.

     Pada awal tahun tersebut beliau melabel keputusan Manchester United menyalahkan gaji mingguan sebanyak £52,000 beliau yang menyebabkan kenaikan harga tiket adalah 'kesilapan bodoh'. 

     Kelab telah menghantar surat kepada para penyokong bahawa salah satu sebab kenaikan harga tiket adalah kenaikan gaji Keane. 

     Kemudian beliau menyelar sebahagian peminat dengan berkata:

     "Di rumah mereka ada beberapa minuman dan sandwich udang, dan mereka tidak tahu apa yang berlaku di atas padang. Saya tidak fikir setengah daripada mereka yang datang ke Old Trafford boleh mengeja perkataan bolasepak, apatah lagi memahaminya."                                                                 

5. Terjahan keras terhadap Alf-Inge Haaland.

     Setelah mengalami kecederaan lutut yang serius ketika bertembung dengan Haaland pada awal kariernya, Keane membalas dendam tersebut ketika Manchester derby 2002.

     Terjahan yang keras mengena lutut pemain Norway itu menyebabkan Keane dilayangkan kad merah dan Haaland mendapat kecederaan serius.

     Dalam autobiografinya Keane berkata: "Saya menunggu lima minit sebelum tamat, saya terjah kakinya dengan kuat.

     "Take that you c***. Jangan sesekali berdiri ditepi aku mengejek kecederaan yang kononnya dipalsukan. Dan beritahu rakan anda (David) Wetherall, tunggu gilirannya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...