Thursday, July 21, 2011

Seattle Sounders vs Manchester United 0-7


     Keputusan akhir perlawanan tampak memihak kepada United tetapi hakikatnya 45 minit pertama kedua-dua pasukan beraksi sama hebat. Kemudian pada separuh masa kedua - selepas 1-0 tamat babak pertama - baki enam gol dijaringkan dengan tiga gol dalam masa empat minit.

    Tidak seperti perlawanan siri jelajah terdahulu (peyokong mahu United menang) penyokong tuan rumah memberi sokongan padu untuk pasukan mereka. Mereka (penyokong) jelas kecewa apabila United mendahului pada minit ke 15. Ashley Young melorong bola kepada Patrice Evra sebelum membuat hantaran ke pintu gol untuk ditanduk mudah oleh Michael Owen.

Owen dan Evra.
    Dominasi United berterusan dengan penjaga gol Kasey Keller dipaksa menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya daripada Young, Owen dan Macheda. Sebelum separuh masa berakhir Freddy Montero dan bek kanan James Riley keduanya menguji Anders Lindegaard tetapi pemain Denmark ini berjaya menggagalkan untuk kekalkan kelebihan United.

     Sir Alex Ferguson membuat empat pertukaran dengan memasukkan Rooney, Park, Diouf dan Amos. Mame Biram Diouf menjaringkan gol kedua apabila menerima hantaran cip cantik daripada Nani sebelum memperdaya penjaga gol sebelum merembat ke penjuru kiri gol.

     Wayne Rooney memberi amaran awal kepada pertahanan pasukan lawan musim depan dengan menjaringkan hatrik sebelum Park Ji Sung dan Gabriel Obertan melengkapkan tujuh gol United.

Seattle: Keller, Riley, Parke, Ianni, Gonzalez, Rosales, Alonso, Friberg, Fernandez, Levesque, Montero.
Simpanan: Boss, Ford, Carrasco, Estrada, Evans, Fucito, Graham, Hurtado, Jaqua, Montano, Neagle, Noonan, Scott, Seamon, Tetteh, White, Ngassa.

Manchester United: Lindegaard (Amos 46); Rafael, Ferdinand, Vidic (Evans 56), Evra (Fabio 56); Nani (Obertan 56), Anderson, Giggs (Park 46), Young (Carrick 65); Owen (Diouf 46), Macheda (Rooney 46).
Simpanan: De Gea, Jones, Smalling, Welbeck, Cleverley.
Goal: Owen 15, Diouf 49, Rooney 51, 69, 72, Park 70, Obertan 89
Kehadiran: 67,052  

*sumber ManUtd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...