Wednesday, July 20, 2011

Alex Ferguson - Danny dan Tom kekal di Old Trafford.


     Sir Alex Ferguson akan menghalang sebarang pendekatan daripada mana-mana pihak untuk mengambil Danny Welbeck dan Tom Cleverley secara pinjaman. Duo Manchester United itu cemerlang ketika bersama Sunderland dan Wigan - dan disebut-sebut untuk kembali beraksi di United.
    
     Namun Ferguson berkata: "Mereka tidak akan dipinjamkan lagi. Pinjaman pemain hanya bertujuan memberi mereka keseronokkan bermain sepanjang masa.

     "Pada usia mereka, tiada sebarang manfaat kepada kita kerana kelab lain yang mendapat kelebihan daripada apa yang kita sepatutnya perolehi. Dengan pengalaman yang ditimba, dengan mengekalkan mereka akan beri kelebihan kepada kita."

     Welbeck tersenarai dalam pasukan England pada bulan Mac hasil daripada kecemerlangan musim lalu bersama Sunderland dengan menjaringkan enam gol. Dan Ferguson percaya lambat laun Cleverley juga akan tersenarai dalam perancangan Fabio Capello.

     Bos United itu menambah: "Welbeck sekarang dalam pasukan antarabangsa England. Beliau memiliki bakat luar biasa dan Cleverley akan bermain dengan England juga.

     "Beliau (Cleverley) seorang pemain bolasepak moden yang pintar. Pergerakkan, pemahaman permainan juga penggunaan ruang adalah ciri-ciri terbaik buat pemain muda sepertinya.

     "Kami gembira kedua-dua pemain akan kekal bersama kami."

   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...