Tuesday, July 19, 2011

Alex Ferguson - Tiada masalah dengan Berba.


     Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Dimitar Berbatov telah melupakan kekecewaan diketepikan daripada kesebelasan utama perlawanan akhir Champions League lalu apabila United tewas 1-3 di tangan Barcelona.
    
     Pemain Bulgaria itu muncul penjaring terbanyak liga bersama Carlos Tevez musim lalu namun gagal mendapatkan tempat walaupun bangku simpanan di Wembley, dengan Michael Owen diutamakan selepas pengurus menghadapi dilema dalam memilih barisan pemain.

     Penyingkiran (daripada perlawanan akhir) itu membawa kepada spekulasi yang tidak dapat dielakkan daripada pihak media bahawa bekas penyerang Tottenham itu bakal meninggalkan Old Trafford musim panas ini tetapi Ferguson menegaskan tiada sebarang isu yang perlu diselesaikan.

     "Dimitar baik-baik saja," jelas Ferguson kepada PA Sport. "Tiada sebarang masalah. Beliau berlatih bersungguh-sungguh. Beliau jelas kecewa apabila diketepikan pada perlawanan akhir (Champions League) namun saya juga kecewa kerana saya perlu memberitahunya. Tetapi itu adalah masalah terbaru dalam bolasepak sekarang.

     "Anda layak ke perlawanan besar dan penting, dan anda bukan hanya mengecewakan seorang pemain malahan enam atau tujuh."

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...