Monday, July 18, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 3.

1957 - Jersi perlawanan akhir Piala FA.

Selepas menjuarai liga, Busby Babes menjadi pilihan kelab pertama meraih double semenjak 1800an. Bentesan kontroversi terhadap penjaga gol Ray Wood menyebabkan beliau cedera patah tulang pipi. Dengan Jackie Blanchflower di pintu gol dan Duncan Edwards di pertahanan tengah, United tewas 2-1 kepada Aston Villa walaupun Tommy Taylor menjaringkan gol saguhati.


1958 - Jersi perlawanan akhir Piala FA.

Hanya selepas tiga bulan Tragedi Munich, United kembali ke Wembley untuk akhir Piala FA. Harapan United terletak di bahu pemain-pemain yang terselamat seperti Bobby Charlton, Dennis Violet, Bill Foulkes dan Harry Gregg. Malangnya United tewas di tangan Bolton 2-0 dan kekal sebagai salah satu perlawanan akhir paling kontroversi.


1959-1961 - Manchester United Home Shirt.

Untuk musim 1959/60, Manchester United terus memakai jersi klasik merah dengan kolar leher V, bagaimanapun mereka bertukar daripada memakai stoking hitam kepada putih kesemuanya.



1961-1964 - Manchester United Home Shirt.

Setelah memakai jersi dengan kolar leher V sejak 1955, Manchester United bertukar kepada kolar bulat dan pergelangan tangan warna putih untuk musim 1961/62. Juga dikenakan dengan seluar dan stoking putih.



1961-1969 - Manchester United Away Shirt.

Bertentangan dengan rekabentuk jersi tuan rumah. Dipakai ketika berkunjung ke Liverpool, Arsenal dan Nottingham Forest. Jersi putih dengan kolar dan pergelanggan tangan merah, beserta seluar dan stoking putih.



1963 - Jersi perlawanan akhir Piala FA.

Sebagaimana sebelumnya semua jersi pada perlawanan akhir utama hingga ke tahun 1970an dilengkapi dengan lambang Bandaran Manchester. United menewaskan Leicester City 3-1 pada akhir 1963 dengan dua gol daripada David Herd dan satu gol Denis Law.


*sumber prideofmanchester.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...