Saturday, August 27, 2011

Fletcher mungkin diturunkan menentang Arsenal.


     Sir Alex Ferguson mengesahkan Darren Fletcher bersedia disenaraikan dalam kesebelasan utama dan akan dipertimbangkan untuk menentang Arsenal Ahad ini.

     Pemain midfield Scotland itu tidak mengalami apa-apa kecederaan selepas perlawanan liga simpanan menentang Swansea, dan bos Alex Ferguson memberitahu dalam sidang media bahawa Fletcher bersedia untuk penampilan pertama pasukan senior.

     "Berkenaan dengan kecederaan, Darren Fletcher telah bermain semalam dan ia adalah berita baik," Ferguson berkata. "Saya rasa beliau boleh kembali (beraksi). Beliau mengalami tempoh yang sukar dan sekarang dalam keadaan sempurna dan akan berada dalam pasukan Ahad ini."

     Sementara itu, Sir Alex juga mengesahkan Rio Ferdinand dan Antonio Valencia berlatih dengan baik, dan Nemanja Vidic akan berehat sebulan lagi. Rafael tidak akan beraksi lebih lama akibat kecederaan bahu.

     Walaupun kehilangan beberapa pemain utama, bos United itu menyatakan pasukannya berada dalam keadaan 'sempurna', dan mendedahkan Chicharito - sebagai gantian semasa perlawanan menentang Spurs - adalah cergas itu memulakan perlawanan. Ini akan memberikan 'masalah' buat Ferguson dalam menentukan gandingan Wayne Rooney di bahagian serangan selain peningkatan prestasi Danny Welbeck.

     "Chicharito kembali bermain Isnin lalu yang sekaligus memberikan masalah kepada saya untuk memilih barisan pemain," kata beliau. "Tetapi itu adalah masalah yang kita mahukan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...