Thursday, September 1, 2011

Manchester United: Kenapa perlu henti panggil mereka Man U?

Ulangtahun ke 50 Tragedi Munich
     Dalam arena sukan hari ini (terutamanya bolasepak) sejarah merupakan salah satu aspek yang penting buat kelab. Bagi kelab-kelab tertentu, sejarah berkaitan secara langsung dengan beberapa tokoh yang telah melaluinya dan manakala yang lain memperkatakan kejuaraan yang dimenanginya.

     Walaubagaimanapun, Manchester United adalah antara kelab yang menggabungkan kedua-dua aspek. Peminat boleh mendengar cerita mengenai George Best and Eric Cantona bersama dengan berapa kejuaraan yang telah dimenangi mereka.


     Peminat seluruh dunia telah sebati dengan jenama Manchester United dan tidak hairanlah ia telah menjadikan United kelab yang paling ramai peminat di dunia. Jelas peminat telah mencipta nama samaran atau nama pendek sebagai rujukan kelab kesayangan mereka. Nama pendek yang paling terkenal ialah "Man U".

     Di seluruh dunia, istilah Man U digunakan untuk membincangkan mengenai pasukan. Ia digunakan dalam siaran langsung hinggalah antara rakan-rakan apabila bercakap mengenai Manchester United. Malangnya peminat-peminat ini tidak dimaklumkan dengan secara langsung asal - usul perkataan Man U, yang bermula selepas tragedi hitam dalam sejarah kelab.

     Tarikh keramat tersebut adalah 6 Februari 1958. Selepas menewaskan pasukan dari Yugoslavia Red Star Belgrade dengan agregat 5-4 dalam suku akhir Piala Eropah, pesawat yang membawa Manchester United singgah di Munich dari Belgrade untuk mengisi minyak sebelum berlepas semula ke Manchester.

     Para pemain yang berada dalam penerbangan lebih dikenali dengan gelaran Busby's Babes bersempena nama pengurus hebat Matt Busby. Kumpulan pemain ini dianggap sebagai pasukan muda yang paling berbakat dan menjadi masa depan bolasepak England. Pemain-pemain ini dibentuk di Manchester United secara eksklusif dan memenangi gelaran liga musim 1955/56 dan 1956/57 dengan purata umur pasukan adalah 21 dan 22 tahun masing-masing.
Busby Babes

     Pesawat yang membawa United membuat dua percubaan untuk berlepas sekitar jam 2 petang waktu tempatan, tetapi setiap kali juruterbang membatalkan percubaan. Sejurus selepas itu juruterbang memaklumkan kepada semua pemain dan penumpang bahawa mereka akan cuba untuk berlepas keesokkan harinya.

     Bagaimanapun, juruterbang terbabit mengubah keputusan dan 15 minit selepas kesemua pemain meninggalkan pesawat, mereka diberitahu untuk masuk semula untuk percubaan berlepas ketiga. Para pemain masuk semula dengan disertai perasaan takut, dengan beberapa pemain mengambil langkah berjaga-jaga berpindah ke bahagian belakang pesawat.

     Pada pukul 3:03 petang waktu tempatan, pesawat dihidupkan dan bergerak sepanjang landasan, kelajuan pesawat konsisten pada 117 knots sebelum ia semakin berkurang. Malangnya juruterbang tidak boleh membatalkan percubaan berlepas dan pesawat lalu terbabas daripada landasan, merempuh pagar, deretan rumah dan pokok-pokok sebelum menghentam sebuah bangsal yang mengandungi trak, menyebabkan ianya meletup.

Pesawat yang terhempas
     Dalam pesawat hampir separuh penumpang mati serta merta. Kehilangan nyawa tidak berdosa bukan sahaja melibatkan pemain malahan beberapa wakil media dan kakitangan pesawat.

     Kesemuanya, 23 nyawa terkorban dalam Tragedi Munich sementara 21 yang lain terselamat namun hampir kesemuanya mendapat kecederaan daripada nahas.

     Selepas nahas, terdapat seorang pemain yang terselamat namun akhirnya terkorban akibat kecederaan teruk yang dialami. Pemain yang dimaksudkan ialah Duncan Edwards.

     Walaupun baru berusia 21 tahun, Edwards dilihat sebagai salah satu prospek paling cemerlang dalam sejarah England. Beliau hanya berusia 16 tahun ketika beraksi buat kali pertama dengan United dan bintang utama pasukan England pada kelayakan Piala Dunia 1958.
Duncan Edwards

     Edwards mengalami keretakan tulang kaki, tulang rusuk dan kerosakan teruk pada buah pinggang akibat nahas. Tindak balas badannya terhadap buah pinggang tiruan menyebabkan pendarahan dalaman dan badannya tidak berupaya untuk membekukan darah.

     Pada 21 Februari 1958, Edwards menjadi mangsa korban ke 23 akibat daripada nahas.

     Berikutan tragedi Munich, tujuh pemain mampu kembali bermain untuk Manchester United termasuk Bobby Charlton, Bill Foulkes, Harry Gregg, Kenny Morgans, Albert Scanlon, Dennis Viollet dan Ray Wood tetapi ia mengambil masa beberapa tahun sebelum United kembali ke tahap sebelum tragedi.

     Bagaimanapun, disebabkan oleh nahas udara dan kebencian terhadap Manchester United, terdapat lagu laungan yang dicipta untuk mempersendakan Tragedi Munich.

     Pertama antaranya adalah dicipta oleh peminat West Bromwich Albion untuk mengejek Duncan Edwards: "Duncan Edwards is manure, rotting in his grave, man you are manure rotting in your grave." Ini adalah lagu laungan yang telah mencipta istilah Man U.

     Tidak lama kemudian, dua musuh tradisi United Leeds United dan Liverpool pula mencipta lagu laungan mempersendakan tragedi tersebut. Ia adalah seperti di bawah

"Man U Man U went on a plane. Man U Man U never came back again"

"Man U Never Intended Coming Home" (gabungan huruf depan yang menjadi perkataan MUNICH)

     Hakikatnya setiap pasukan memiliki peminat yang tidak baik, tetapi dari lagu-lagu laungan inilah istilah Man U tercipta. Hari ini, peminat yang menyebut Man U tidak tahu daripada mana istilah itu datang dan apakah maksud tersirat.

     Mereka jelas tidak menghormati keluarga-keluarga 23 orang mangsa Tragedi Munich. Walaupun sudah lebih lima dekad berlalu kita tidak wajar sesekali menyakiti keluarga mereka yang terkorban.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...