Saturday, September 3, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 4.

     Pengurus Liverpool George Patterson menandatangani Sir Matt pada 12 Mac 1936 dengan kos £8,000. Beliau membuat penampilan sulung dua hari kemudian, pada 14 Mac, menentang Huddersfield Town di tempat lawan namun tewas 1-0. Bulan berikutnya beliau menjaringkan gol pertama buat Liverpool ketika seri 2-2 dengan Blackburn Rovers di Ewood Park.

     Sir Matt kemudiannya menjadi pemain tetap jersi nombor 4 mengenepikan pemain sebelum ini Ted Savage. Beliau jarang sekali terlepas perlawanan dalam tempoh tiga musim berikutnya. Prestasi konsisten ini membuatkan Sir Matt dilantik sebagai kapten Liverpool dan mengemudi kelab ke tahap yang lebih baik.


     Tony Matthews, pengarang Who's Who of Liverpool, berhujah bahawa Sir Matt memiliki 'semua kemahiran', mengunakan bola dengan baik dan sentiasa komited.

     Pada musim 1936/37 Liverpool menamatkan musim di tangga ke 18 manakala bekas kelabnya Manchester City menjuarai Liga Divisyen Satu. Liverpool juga berkedudukan posisi tengah liga pada musim 1937/38 dan 1938/39. Bob Paisley menyertai Liverpool dari Bishop Auckland pada 1939, dan Sir Matt yang membawa Paisley dan memberi tunjuk ajar sepanjang bersama di Anfield. Ini membawa kepada persahabatan sepanjang hayat antara dua pengurus paling berjaya dalam sejarah bolasepak England.


Sir Matt (tengah) ketika berkhidmat di King's Liverpool Regiment

    
     Kerjaya bolasepak Sir Matt berakhir dengan meletusnya Perang Dunia Kedua. Beliau menjaringkan tiga gol sepanjang 118 penampilan dengan Liverpool. Beliau bersama pemain Liverpool lain kemudian menyertai khidmat negara di King's Liverpool Regiment (rejimen infantri dalam tentera British) dan semasa berpengkalan di England beliau telah dijemput untuk bermain dengan Chelsea, Middlesbrough, Reading, Brentford, Bournemouth & Boscombe Athletic dan Hibernian.

     Selepas perang Sir Matt berkhidmat sebagai jurulatih bolasepak di Army Physical Training Corps, dan dengan pengalaman itu Liverpool menawarkan jawatan pembantu kepada pengurus George Kay. Walaubagaimanapun pengalaman beliau juga mencetus pendapat Sir Matt tentang bagaimana bolasepak seharusnya dimain dan diuruskan. Dan apabila pendapat beliau semakin jelas berbeza dengan ahli lembaga kelab Liverpool, Billy McConnell pengerusi Liverpool membenarkan Sir Matt meneruskan kerjayanya di tempat lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...